Kembali Sepentas Di Konsert Jelajah, Hael Husaini & Azhar Ubat Rindu Peminat

Penyanyi Hael Husaini tampil mengubati kerinduan peminatnya selepas menjemput rakan duonya, Azhar suatu ketika dahulu di Konsert Hael Husaini Bintang Tour, baru-baru ini.

Terdahulu, Hael dan Azhar meniti populariti menerusi kumpulan duo Azhael namun dibubarkan sekitar 2017.

Menerusi video yang tular di TikTok, seluruh penonton yang menghadiri konsert itu kelihatan sangat teruja apabila melihat pasangan duet itu kembali sepentas dan menyanyikan lagu popular mereka, Hujung Waktu.

@farislee AZHAEL is back after 10 Years 😭 . #Azhael #haelhusainj #bintangtour @Hael Husaini ♬ original sound – Faris Lee

Kagum melihat penyatuan itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan peminatnya di ruangan komen.

Fatin Nurain