Hiburan By: Padin December 13, 2023 @ 6:25pm

Kembangkan Kerjaya Di Indonesia, Elfee Tampil Dengan Single ‘Tak Jelas Tanpa Sebab’

Penyanyi Elfee tampil dengan single terbaharu berjudul ‘Tak Jelas Tanpa Sebab’ ciptaan komposer Indonesia, Aris Tea.

Optimis dalam memacu kerjaya seni sebagai penyanyi, Elfee mencuba untuk mengintai pasaran negara seberang.

“Single bertajuk Tak Jelas Tanpa Sebab dicipta oleh komposer Indonesia, Aris Tea. Ia juga diterbitkan di Indonesia dan telah dipasarkan di seluruh Indonesia dan platform digital. Ia berkisarkan mengenai realiti kehidupan untuk mereka yang menghadapi dugaan dalam hidup, terutama percintaan, tidak kiralah lelaki dan perempuan.

“Sebelum ini, saya pernah muncul dengan abum berjudul JiwaElfee pada 2015. Selain menyanyi, saya juga membahagikan masa mengendalikan perniagaan namun saya akui nyanyian merupakan minat saya,” kata Elfee.

Pernah muncul dengan single duet berjudul Cinta Sejati bersama penyanyi Indonesia, Erdysta, peluang Elfee untuk memasarkan single itu di Indonesia terbantut dek kerana penularan wabak Covid-19.

“Tiga tahun lalu, sebelum pandemik melanda dunia, saya ada berduet dengan penyanyi Indonesia, Erdysta menerusi sebuah single berjudul Cinta Sejati. Kami sempat mempromosikan lagu terbabit di Indonesia selama dua bulan sebelum Covid-19 melanda dunia.

“Semua perancangan promosi terbantut namun saya yakin ada hikmahnya. Kini, saya muncul dengan Tak Jelas Tanpa Sebab dan berharap ia mendapat sambutan yang memberangsangkan,” katanya lagi.

Terdahulu, Elfee menyambut hari ulang tahun kelahirannya serta mengadakan sesi ‘meet and greet’ bersempena pelancaran lagu Tak Jelas Tanpa Sebab.

Dalam majlis yang diadakan serba meriah di The Pickers Lounge, Cyberjaya baru-baru ini, ia dihadiri oleh keluarga, rakan artis , pempengaruh TikTok dan kenalan rapat Elfee.

Antara selebriti yang hadir menghangatkan acara ialah Mac Ruhayu, Zur Eda, Adilla Idris, Hasnol, Razif Zin, Achik Eddy, Baby Linda dan majlis diacarakan dengan meriah oleh K. Nur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 14 Dec 2019

Anak Nora Meninggal Dunia

Alif Johan sebelum ini pernah tersenarai antara 20 protege program realiti Mentor Milenia 2019 di TV3.

Hiburan Thu, 2 Jan 2020
Featured Tue, 30 Nov 2021
Hiburan Mon, 26 Sep 2022

[VIDEO] Norreen Kena Scam Ketika Bercuti Di Hatyai

Berhati-hati lah kalau bercuti dengan agen pelancongan ni..

Featured Wed, 12 Oct 2022

[VIDEO] Individu Dakwa ‘Bandana’ Mirip Tanda Salib, Peminat Backup Anna Jobling

Ada bunga putih la gaisss, bukan tanda salib tu. Tapi comel ek Anna menari hee 🥰🥰

Hiburan Mon, 29 Aug 2022

“Era Itu Sudah Berlalu…” – Ayda Jebat Tak Mahu Babak Bersentuhan

Min pun setuju dengan Ayda tak perlu pun rasanya…

Featured Tue, 15 Nov 2022