Hiburan By: Maya Basir July 11, 2023 @ 6:36pm

Kena ‘Sidai’ Satu Jam, A. Aida Naik Angin Individu Datang Lambat! – “Menyampah Betul Spesis Macam Ni”

Penerbit sensasi, Datuk A. Aida meluahkan rasa geram apabila terpaksa menunggu individu yang tidak menepati masa.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia sudah menunggu selama satu jam dan individu tersebut juga tidak menyatakan apa-apa tentang kelewatan itu.

“Saya ni cukup menyampah kalau orang janji tak betul. Ni dah pukul 10:30 pagi, janji dekat sini pukul 9:30 pagi. Dah satu jam tunggu tak sampai-sampai.

“Lepas tu tak reti nak angkat call ataupun nak beritahu punca lambat. Ni saya tak tahu apa jadi, accident ke?,” persoalnya.

Sementara itu, Aida turut menegaskan prinsipnya apabila membuat perjanjian dengan seseorang pasti dia akan datang pada tepat waktu.

“Macam saya kalau nak meeting dengan orang pukul 10 pagi, pukul 9:30, 9:45 pagi saya dah sampai. Saya memang pantang bab berjanji ni,” ujarnya geram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato A.Aida (@a_aidaproduction)

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapatnya tentang menepati masa.

“Kalau saya pun tak suka. Saya kalau janji dengan orang, saya suka awal dari orang tu.

“Kan kak Aida. Agree with this. Communication tu penting lebih lagi tengah dealing schedule.

“Agreed with you. Me too pantang janji sebegini,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 21 May 2018

Bulan Madu? Nanti Dulu…

Meghan, aktres televisyen Amerika Syarikat (AS) yang berdarah campuran juga mencatat sejarah tersendiri apabila berjalan di lorong gereja sendirian sebelum disambut Charles untuk diserahkan kepada Harry selain memberi ucapan dalam majlis resepsi pada sebelah malam.

Featured Mon, 3 Jul 2023
Featured Wed, 3 May 2023
Hiburan Fri, 30 Jun 2023

Isu Mosh-Pit Ketika Konsert, Masdo Berhasrat Nak ‘Educate’ Penonton

Boleh nak mosh tapi kena ikut kesesuaian lagu lah kan?

Featured Thu, 24 Nov 2022