Kenapa Ariana Grande Tak Muncul Di Anugerah Emmy 2018?

Susulan kematian penyanyi rap Mac Miller pada awal bulan lalu, bekas kekasihnya Ariana Grande masih dalam keadaan bersedih.

Buktiknya apabila penyanyi wanita tersebut tidak hadir pada anugerah Emmy 2018 di Microsoft Theater, Los Angeles, pada Isnin lalu.

Difahamkan, Ariana masih belum bersedia untuk bertemu peminat selepas kematian Miller.

Dalam masa sama, pihak pengurusan Ariana memberitahu bukan hanya Ariana tidak dapat hadir ke anugerah Emmy malah kekasihnya, Pete Davidson juga.

Sebelum majlis tersebut berlangsung dapat dilihat tertera dua kerusi dengan nama Ariana dan Peter yang menunjukkan pasangan ini sepatutnya menghadiri acara tersebut.

Menerusi sumber terdekat, Ariana berterima kasih kepada peminat kerana memahami situasi yang sedang berlaku dalam hidupnya.

Terdahulu, Miller dilaporkan terlibat dalam penyalahgunaan dadah sejak putus cinta dengan penyanyi terkenal, Ariana Grande. -E! News.

SGMS Faida