“Kenapa… Awak Tak Cakap Dari Mula” – Rupa-Rupanya Chombi Penyanyi Lagu Viral Sayunk I Love You Anak Harry Khalifah, Ramai Tawar Diri Jadi Menantu!

Lagu ‘Sayunk I Love You’ nyanyian Chombi atau nama sebenarnya Siti Maryam menjadi tular di internet, terutamanya laman sosial TikTok.

Karya terbabit meraih perhatian ramai selepas kerap digunakan sebagai lagu latar belakang untuk pelbagai content di media sosial.

Bagi mereka yang tidak tahu, sebenarnya Chombi merupakan anak kepada pencipta lagu terkenal, Harry Khalifah.

Gadis cantik itu meraih tumpuan ramai, lebih-lebih lagi peminat lelaki yang terpesona dengan kecantikannya.

Menerusi satu perkongsian TikTok Harry, dia telah memuat naik video Chombi sedang membancuh susu untuk adiknya di dapur sambil tersenyum mendengar gurauan bapanya.

“Walaupun sibuk namun dia tak pernah lupa tanggungjawab sebagai seorang kakak pada adik-adiknya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

@harry_khalifah Walaupun sibuk Namun dia tak pernah Lupa Tanggung jawab Sebagai seorang KAKAK pada Adik2 nya.. #chombi #sayunkiloveu #fyp ♬ bunyi asal – Apak 🇲🇾

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet menawarkan diri untuk menjadi menantu kepada komposer berkenaan.

Malah, ada juga yang sempat menjual kemahiran diri demi mencuba nasib untuk mendapatkan hati Chombi.

 Lagu ‘Sayunk I Love You’ nyanyian Chombi atau nama sebenarnya Siti Maryam menjadi tular di internet, terutamanya laman sosial TikTok.

Karya terbabit meraih perhatian ramai selepas kerap digunakan sebagai lagu latar belakang untuk pelbagai content di media sosial.

Bagi mereka yang tidak tahu, sebenarnya Chombi merupakan anak kepada pencipta lagu terkenal, Harry Khalifah.

Gadis cantik itu meraih tumpuan ramai, lebih-lebih lagi peminat lelaki yang terpesona dengan kecantikannya.

Menerusi satu perkongsian TikTok Harry, dia telah memuat naik video Chombi sedang membancuh susu untuk adiknya di dapur sambil tersenyum mendengar gurauan bapanya.

“Walaupun sibuk namun dia tak pernah lupa tanggungjawab sebagai seorang kakak pada adik-adiknya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet menawarkan diri untuk menjadi menantu kepada komposer berkenaan.

Malah, ada juga yang sempat menjual kemahiran diri demi mencuba nasib untuk mendapatkan hati Chombi.

 

Dharnieya Nur Amelsa