‘Kenapa Beriya Aibkan Saya’- Sharifah Shahira

Terlajak perahu boleh diundur, kalau terlajak kata? Buruk padahnya…

Gara-gara menulis sebuah mesej berbaur hinaan di laman Instagram pelawak, Sharifah Shahira, beberapa netizen yang tidak bertanggungjawab ini menerima reaksi pelbagai. 

Apa tidaknya, komen yang ditinggalkan itu berbaur fitnah dan menghina. Siapa yang tak marah kan? 

Memetik laporan Harian Metro, selebriti yang lebih popular dengan panggilan Shiera memaklumkan dia tidak bercadang untuk saman individu berkenaan tetapi mahu bersemuka untuk mengetahui punca komen sebegitu ditulis. 

“Saya nak jumpa, nak tahu siapa dia, apa latar belakangnya dan saya juga mahu bertanya mengapa dia beriya-iya nak mengaibkan saya.

“Namun, jika ketika berdepan dengan orang yang menghina dan memfitnah itu dia bersikap kurang ajar, maknanya kita sudah tahu dia memang sengaja mahu menyakitkan hati,” katanya.

Tambahnya, ada antara mesej yang dimuat naik netizen tidak bertanggungjawab itu berlaku sebelum beberapa isu membabitkan artis antaranya Jasmin Hamid.

“Ada antara mereka yang melakukan perkara itu saya dapat kesan, cuma saya tidak hebahkan. Apabila dapat berdepan, saya cuba mengajar mereka apa yang dilakukan adalah tidak baik kerana mereka tidak pernah mengenali saya.

“Mengapa mereka harus menuduh dan terus memuat naiknya di Twitter, Instagram dan sebagainya,” katanya.

Ketika berdepan golongan terbabit, Shiera berkata, dia tidak menafikan ada antara mereka bersikap kurang ajar walaupun dia cuba berdiplomasi.

“Namun, saya tidak bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang. Pada saya ia hanyalah perkara kecil, kecuali jika perkara itu memang bukan saya, tetapi dikaitkan seperti gambar bogel yang disebarkan,” akhirinya. 

SGMS Faida