8TV By: Khairil Khusyairi November 3, 2022 @ 6:19pm

Kerjasama Media Prima Berhad, Hunan Broadcasting System Sajikan Kandungan Eksklusif Kepada Penonton

Media Prima Berhad (MPB) dan Hunan Broadcasting System, rangkaian television terbesar China mengumumkan kerjasama strategik yang bakal menjayikan pelbagai kandungan eksklusif kepada penonton di kedua-dua negara.

Gabungan dua kumpulan media terbesar ini sekaligus mencipta sejarah tersendiri apabila bakal tampil dengan penerbitan kandungan menarik di masa hadapan.

Menurut Rafiq Razali, Pengarah Urusan Kumpulan, Media Prima, berkata kerjasama antara Media Prima Berhad bersama Hunan Broadcasting System bakal melakar sejarah apabila MPB akan memulakan pengembaraan baharu dalam menghasilkan pelbagai program dan inisiatif khas kepada penonton Malaysia.

“Hunan Broadcasting System merupakan salah satu kumpulan media terbesar di China, apabila saluran TV berbahasa Cina kami iaitu 8TV turut menjalinkan kerjasama, saya yakin bahawa ia dapat menjadi pemangkin untuk menggalakkan pertukaran teknologi dan membuka peluang kepada perusahaan sederhana dan kecil China untuk mengembangkan perniagaan mereka di Malaysia,” katanya di sidang media Supernova Screening 2022, pada Selasa.

Antara rancangan yang bakal menemui penonton adalah program realiti fesyen pertama di Malaysia iaitu My Fusion Way dan Shila Amzah Masterclass Musim 2.

Seiring dengan kolaborasi ini, saluran 8TV turut memperkenalkan beberapa slot waktu khas untuk siaran program-program popular terbitan Hunan Broadcasting System.

My Fusion Way menampilkan enam pereka fesyen muda dari China untuk menerokai budaya Malaysia. Mereka akan bertanding mengikut tema mingguan ditetapkan dan menjadikan warisan Malaysia sebagai sumber inspirasi karya mereka.

Shila Amzah Masterclass Musim 2 pula menampilkan pertukaran idea muzik peringkat antarabangsa dengan menampilkan penyanyi baharu hebat dari Asia Tenggara dan China untuk bergelar protege.

Menerusi Shila Amzah Masterclass Musim 2 itu, Shila akan memikul tanggungjawab sebagai ‘master’ dan bergandingan dengan panel jemputan dari negar-negara lain.

Supernova Screening 2022 yang berlangsung penuh bermakna ini dihadiri oleh tetamu-tetamu kehormat iaitu Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing, Yang Berbahagia Dato’ Mohd Tarid Bin Sufian, (Setiausaha Bahagian Asia Timur, Jabatan Hubungan Dua Hala, Kementerian Luar Negeri) mewakili Kementerian Luar Negeri, Yang Berhormat Senator Datuk Seri Hajah Zurainah Musa (Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, FINAS), Rafiq Razali (Pengarah Urusan Kumpulan, Media Prima), Datuk Michael Chan (Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan, Media Prima & Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Omnia), Dato’ Khairul Anwar Salleh (Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios), Datuk Ge Yamei (Ketua Pegawai Eksekutif, Mango Media Sdn. Bhd), dan wakil dari kerajaan serta usahawan dari China dan Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 22 Nov 2023

Bapa Along Jinbara Meninggal Dunia

Salam Takziah buat Along sekeluarga

Featured Wed, 10 Jul 2019

Kulit muka lebih menawan dalam 14 hari!

3 produk ini wajib ada dalam beg anda

Hiburan Thu, 9 May 2019

Siap Sedia Untuk ‘IDC’, Lagu Duet Justin Bieber- Ed Sheeran Keluar Esok!

Nantikan lagu terbaru Bieber and Ed Sheeran pada 10 Mei!

Hiburan Wed, 13 Dec 2023
Hiburan Thu, 16 Mar 2023
Hiburan Tue, 3 Sep 2019

Bila ‘Hantu’ Bawa Tuah kepada Dalimawati

Hantu bukan sebarang hantu ok?

Hiburan Fri, 9 Jun 2023
Events Thu, 16 Aug 2018

Catch Dancing Swans in Resorts World Genting this August

The beautiful swans will be showing off their beautiful moves.

Events Tue, 4 Dec 2018
Hiburan Sun, 29 Aug 2021

Iman Troye, Ariff Bahran, Layla Sania & 13 Artis Suntik Semangat Patriotik

Penyanyi Iman Troye, Ariff Bahran dan Layla Sania bersama 13 artis berbilang kaum yang lain menyuntik semangat patriotik sempena Hari Kebangsaan menerusi lagu We Are One. Selain Iman, Bahran dan Layla, penyanyi lain yang sama-sama […]