Kes Saman Siti Nordiana: Peguam Syura, Lan Solo & Isteri Mahu Bincang Luar Mahkamah

Kes saman melibatkan penyanyi Siti Nordiana atau Nana terhadap rakan artis Syura Badron, Lan Solo dan isteri, Nur Sheila Hassim serta dua lagi individu masih belum menemui jalan penyelesaian.

Terdahulu, Nana telah menuntut permohonan maaf menerusi media serta membayar RM500,000 setiap seorang.

Artikel berkaitan : Siti Nordiana Hantar Writ Saman Tuntut Syura, Lan Solo & 3 Individu Bayar RM2.5 Juta Serta Mohon Maaf Di Media

Terbaru, peguam Muhammad Hafiz Hood dan Alan Razak yang mewakili Syura, Lan dan Sheila mendedahkan mereka sudah pun memfailakn memorandum kehadiran di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Isnin lalu dan dalam proses melengkapkan penyataan pembelaan terhadap tuntutan Nana.

Manakala dua lagi individu iaitu jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam FMC, Sam Samin masih tidak ketahui siapakah peguam yang mewakili mereka.

“Buat masa sekarang, tiada perkembangan lain yang boleh dikongsikan. Bila kami dah selesai failkan penyataan pembelaan, barulah kami akan maklumkan apa intipati penyataan tersebut.

“Mungkin pihak kami dan peguam yang mewakili Nana akan berbincang mengenai kebarangkalian untuk mediasi di luar mahkamah selepas pihak Nana memberikan jawapan kepada penyataan pembelaan,” katanya.

Tambah Hafiz lagi, kemungkinan kedua-dua pihak peguam akan berbincang untuk mediasi di luar mahkamah selepas proses memfailkan kesemua penyataan.

Artikel berkaitan : Didakwa Sebar Fitnah, Siti Nordiana Saman Syura, Lan Solo & Isteri Serta 3 Individu Lain

Sumber: mStar

 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”