“Ketemu Lagi Ya Love, Ada Rezeki Kita Bisa Satu Stage Lagi…”- Selepas 2 Tahun, Siti Nurhaliza & Krisdayanti Akhirnya Melepas Rindu

Selepas dua tahun tidak berjumpa gara-gara pandemik, penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhalizan dan penyanyi popular Indonesia, Krisdayanti akhirnya bertemu.

Menurut Siti menerusi hantaran di Instagram miliknya, walaupun ia merupakan pertemuan yang singkat namun sedikit sebanyak ia dapat melepaskan rindu masing-masing.

Sementara itu, pertemuan ini juga tidak hanya melibatkan kedua-dua penyanyi popular ini malah, mereka turut ditemani oleh anak masing-masing.

“Hari ini bawa Aafiyah dan Afwa jumpa aunty love KD @krisdayantilemos dan ada juga kakak Amora. Dua tahun lebih tak bertemu… hari ini kami berkesempatan makan tengahari bersama.

“Meskipun pertemuannya singkat tetapi dapat melepaskan rindu masing-masing. Ketemu lagi ya love..ada rezeki kita bisa satu stage lagi,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Memetik laporan Gempak, pelantun lagu Menghitung Hari itu hadir ke Malaysia sempena undangan membuat persembahan di Sunway-Malaysian Acquired Immunodeficiency Syndrome (AIDS) Foundation Red Ribbon Gala.

 

 

Salma Syahbuddin