“Kita Jangan Kalah Dengan Skandal!” – Minta Pantau Suami, Bienda Mohon Wanita Jangan Lepas Tangan

Sejak kebelakangan ini, isu curang dan orang ketiga dalam rumah tangga menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet.

Sehubungan itu, penyanyi nasyid, Bienda menasihat para isteri untuk tidak mengalah jika berdepan dengan masalah rumah tangga.

Menerusi temu bual dalam program Wanita Hari Ini (WHI), Bienda meminta para isteri untuk mengubah keadaan daripada hanya berserah.

“Isteri-isteri jangan mengalah. Kita cuba ubah keadaan itu tapi kena selalu dengan suami sebab suami kadang-kadang dia tak cakap tapi suami ni dia manja dia nak kena selalu dekat dengan dia.

“Kena selalu ikut dan ada dengan dia even media sosial dia pun kita kena pantau, jangan lepas tangan! Jangan rasa malaslah nak fikir sebab kita malas, kita buka ruang.

“So kita kena fikir, tak kisah kita ada anak-anak ke, kadang-kadang orang cakap kita kena bertahan sebab ada anak-anak… jangan! Kita jangan kalah dengan skandal!” kata Bienda.

Malah, pelantun lagu Penantian itu turut memberi tips dan doa kepada para isteri amalkan untuk kebahagiaan rumah tangga.

“Kita isteri, Allah dah rezekikan kita jodoh dan suami kita pun kena sama-sama doakan banyak-banyak untuk suami kita, Ya Allah Ya Tuhanku, bukakanlah pintu hati dia Ya Allah untuk selalu melihat aku cantik, aku ini cukup untuk dia, tundukkan pandangan mata dia untuk melihat wanita-wanita lain.

“Ini tips, doa itu penting dan Bienda cakap benda tu betul. Honestly, Bienda kata memang sangat-sangat berhasil,” kongsinya lagi.

Atiqah Johari