Kolaborasi Justin Bieber- Ed Sheeran Bakal Jadi Kenyataan?

Berita ini mungkin menggembirakan para peminat penyanyi terkenal Justin Bieber dan Ed Sheeran! 

Terdapat pelbagai spekulasi melaporkan dua penyanyi terkenal ini bakal bergabung suara dalam sebuah lagu baharu tidak lama lagi.

Semalam, Bieber dan Ed Sheeran telah memuatnaik gambar mereka bersama berlatar belakang layar hijau (green screen).

Dengan memakai kemeja berwarna ceria, Bieber turut menulis kapsyen angka ’10’.

Bukan itu sahaja, pengurus Bieber iaitu Scooter Braun dan pengurus Ed, Stuart Camp turut berkongsi gambar berlatarkan green screen. Kemungkinan besar mereka berada di studio sama untuk sesi fotografi kot?

Sekiranya kolaborasi antara mereka menjadi kenyataan, ini merupakan projek single sulung daripada Bieber selepas berkahwin dengan model jelita, Hailey Baldwin. So Bieber is back ey!

SGMS Faida