Komen Tweet Syed Saddiq, Dira Abu Zahar Dikritik Netizen

Selepas sahaja kekalahan pasukan bolas sepak Liverpool 1-3 ke atas Real Madrid dalam aksi liga-liga juara pada pagi Ahad, Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Abdul Rahman telah memuat naik satu tweet dilaman sosial miliknya berhubung kekalahn tersebut. Namun, apa yang menarik perhatian ialah Exco Puteri UMNO, Dira Abu Zahar selepas itu membalas tweet tersebut dengan kata-kata sindiran terhadapnya sehingga mendapat kecaman daripada netizen.

Menerusi tweet tersebut, Dira memuat naik status usikan yang berbunyi “Yang Berhormat? Or more like Yang Budak-budak,” tulisnya.

Mendapat kecaman dan kritikan daripada followers Ketua Pemuda Bersatu itu, Dira Abu Zahar akhirnya dilihat membalas komen tersebut dengan memaklumkan bahawa beliau sebenarnya bukan lah memberi kata-kata cemuhan ataupun sindiran cuma sekadar mahu memberikan respon terhadap tweet tersebut dengan menulis,

” Haaa Ok lah, tak cakap yang buruk pun pasal dia. Yang budak-budak, comellah kan?” tulisnya lagi.

Perlawanan final yang rata-ratanya mendapat perhatian daripada peminat bolasepak Malaysia ini sekaligus, menunjukkan kekalahan skuad bimbingan Jurgen Kloop itu sedikit sebanyak disebabkan oleh kesilapan Penjaga gawang yang memberi gol mudah terhadap jaringan Karim Benzima pada minit ke 51 dan Gareth Bale pada minit ke 83. 

Salma Syahbuddin