Featured By: Salma Syahbuddin February 7, 2024 @ 3:55pm

Komposer Muda Berbakat, HarsonBee Pertaruh Lagu Baru Pemilik Hatiku

Walaupun namanya masih baharu dalam industri muzik tanah air, namun bakat yang dimilikinya tidak boleh dipandang sepi.

HarsonBee atau nama penuhnya, Harrison Bryan, 24, bukan sahaja mempunyai bakat menyanyi, malah turut berbakat dalam penciptaan lagu.

Katanya ketika di temui XTRA, lagu baharunya berjudul ‘Pemilik Hatiku’ merupakan single serta hasil ciptaan sepenuhnya yang turut mendapat sentuhan komposer ternama, LY Baiduri.

“Lagu ini dicipta dan digubah sepenuhnya oleh saya. Manakala, penerbit lagu ini ialah LY Baiduri.

“Saya bersyukur dan amat beruntung kerana lagu saya mendapat sentuhan dan dijaga sepenuhnya oleh LY selaku penerbit.

“Jadi, ini adalah single pertama saya untuk dipertaruhkan bagi memperkenalkan lagi nama saya dalam industri seni,”katanya.

HarsonBee berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Media Gathering yang berlangsung di Universal Music Malaysia, Petaling Jaya pada Selasa.

Mengulas lanjut mengenai lagu Pemilik Hatiku, HarsonBee berkata, proses menghasilkan lagu ini mengambil sedikit masa memandangkan dia perlu mencari melodi dan mendengar pelbagai genre lagu.

Bagaimanapun, dia mengambil keputusan untuk memilih konsep ‘Bubblegum Pop’ yang mana ia mempunyai elemen catchy dan upbeat.

“Mencari melodi untuk lagu ini mengambil masa kerana pada masa sama, saya mendengar pelbagai genre lagu dan kemudian memilih konsep ‘Bubblegum Pop’.

“Ia adalah cabang daripada konsep genre pop yang mana ia turut mempunyai elemen catchy, cute, dan juga upbeat.

“Selepas proses tersebut, saya meneruskan dengan menulis lirik lagu dan ia hanya mengambil masa satu hari sahaja,”ulasnya.

Ketika ditanya mengenai harapannya untuk single terbaharunya, HarsonBee yang juga merupakan pelajar di Music North Borneo Universiti Kolej ini berharap agar lagu Pemilik Hatimu diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuklah golongan remaja sepertinya.

“Saya harap lagu ini diterima oleh semua lapisan masyarakat terutamanya dalam kalangan remaja seperti saya,” jelasnya.

Sekadar info, lagu Pemilik Hatiku ini menceritakan tentang seorang lelaki yang sedang memujuk teman wanitanya dan pada masa sama cuba untuk membuatkan wanita tersebut berasa disayangi.

Pemilik Hatiku kini boleh didengari disemua platform digital seperti Spotify, Apple Music, KKBox, Deezer dan Youtube Music pada 26 Januari ini. Manakala, muzik video telah ditayangkan secara eksklusif di Youtube rasmi Universal Music Malaysia.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 7 Apr 2023

“Saya Bangga Dengan Diri Saya” – Kalah Kes Langgar Kontrak, Diarah Bayar Lebih RM200,000… Ini Respons Amelia Henderson!

Amelia diperintah bayar saman lebih RM200,000 beserta buat permohonan maaf dan padam video berunsur fitnah.

Eat Travel Wed, 28 Aug 2019

4 snek yang anda boleh ‘masak’ dengan seterika

Tiada dapur masak atau pan? Tiada masalah!

Selebriti Mon, 18 Dec 2023
Featured Fri, 10 Mar 2023

“Bahagia Cara Kita… Maaf Anak-Anak Ibu Banyak Perkara Terjadi,” – Titip Pesanan Pada Anak-Anak, Nurul Shuhada Buat Ramai Sebak!

MasyaAllah, cantiknya Shu 🥹😍 Humairah & Umar pun comellll! ❤️❤️❤️ Geram min tengok! Semoga Allah terus melindungi keluarga ini 🫶🏻🫶🏻

Hiburan Sat, 21 Oct 2023
Hiburan Sat, 21 Aug 2021

Sajian Program Menarik Bersempena Dengan Kempen Kita Malaysia #BaikSemula

Mari kita mengambil iktibar dan sebarkan semangat juga inspirasi ketika menyambut Bulan Kebangsaan yang istimewa ini. Bersempena dengan Kempen Kita Malaysia #BaikSemula oleh Media Prima Berhad, kami menyajikan pelbagai program inspirasi daripada genre berita, bual […]

Trending Tue, 22 Feb 2022

Papar Lakonan Aaron Aziz & Gambit Saifullah Sebagai Lelaki G*y, Pengarah ‘Suamiku Lelaki Pendosa’ Rujuk JAKIM

Menampilkan kisah berkaitan hubungan songsang dalam drama bersiri Suamiku Lelaki Pendosa, pengarah Eyra Rahman telah terlebih dahulu merujuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk meneliti jalan cerita yang dihasilkan. Menurut Eyra, inisiatif tersebut dilakukan kerana […]