Kongsi Detik Cemas, Trauma… Aiman Nasir Wynne Diserang Road Bully – “Kami Dihimpit & Dikejar…”

Pelakon Aiman Nasir Wynne tampil berkongsi detik cemas dirinya bersama pengurusnya diserang pembuli jalan raya sewaktu pulang dari program TV3 malam Anugerah Tonton Drama Sangat, Ahad lalu.

Menurut Aiman, dia sangat teruja kerana dapat merasai malam kemuncak acara tersebut, namun perasaan itu lenyap sekelip mata apabila berdepan dengan insiden tersebut.

Malah, Aiman turut berkongsi keadaan cermin keretanya yang telah dipukul oleh individu tersebut sehingga pecah menerusi sebuah hantaran di Instagram.

“Tahun ni dapat experience menyokong TADS, mungkin tahun depan karya yang saya terlibat akan tercalon, siapa tahu? Insya-Allah. Tapi sebalik event TADS yang best, saya lalui pengalaman kurang menyenangkan selepas itu.

“I experienced very bad incident on the way back home. Saya dan PR @faiizaizat diserang oleh road bully. Out of nowhere, kereta kami dihimpit, dan dikejar sepanjang highway LDP.

“Kemudian, dua lelaki itu menghalang kereta kami, dan cuba membuka pintu kereta. Nasib baik kereta berkunci, dan cermin kereta kami dihentak sehingga pecah.

“I never had this kinda experience. Saya rasa mengigil dan trauma ketika mengalami kejadian itu. Jantung rasa berdegup kencang, rasa nak jatuh!,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon itu juga menyatakan bahawa dia bersama pengurusnya dalam keadaan yang baik dan sudah pun membuat laporan polis.

Malah, Aiman juga sempat menasihatkan agar orang ramai terutamanya kaum wanita untuk lebih berhati-hati ketika memandu berseorangan.

“Alhamdulilah we have lodged a police report. And we are all good. You guys, especially kaum wanita, be careful while driving alone. Please kalau ada experience macam ni, jangan berhentikan kereta. Be safe ya,” katanya.

Fatin Nurain