Kongsi Foto Bersama Bella Astillah, Puteri Sarah Bangkit Pertahan Rumah Tangga

Baru-baru ini, pelakon Puteri Sarah memuat naik kenyataan daripada Kaza yang mengatakan kerutuhan rumahtangga bukan masalah besar.

Terkini, menerusi perkongsiannya di Instagram, Sarah memuat naik foto bersama Bella Astillah dan memberitahu mereka akan sentiasa kuat menghadapi ujian rumahtangga.

“Tapi kami akan selalu bangkit dan menjadi lebih kuat,” tulisnya.

Untuk rekod, Bella Astillah pernah mengalami masalah rumahtangga bersama suami, Aliff Aziz dan berpisah namun rujuk semula ketika dalam tempoh edah.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan kata-kata positif buat mereka berdua.

“Dua-dua cantik.

“Betul-betul,” komen netizen.

 

Maya Basir