Kongsi Jadual Harian, Sean Lee Bangun Solat Subuh?

Pelakon dan pengacara, Sean Lee berkongsi jadual rutin hariannya yang sangat padat.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, dia baru sahaja pulang ke rumah daripada bekerja pada lewat malam dan perlu bangun awal pagi keesokkannya.

“Baru habis kerja, esok kena bangun awal lagi,” tulisnya.

Turut mencuri perhatian, dia menyenaraikan aktiviti yang akan dilakukan pada beberapa jam yang akan datang sebelum kembali bekerja.

Salah satunya, dia berjenaka dengan menulis waktu bangun untuk menunaikan solat subuh.

“1.00 pagi, sampai rumah. 3.00 pagi, tidur lena. 5.52 pagi, solat subuh (tiber), 7.00 pagi, mula kerja,” kongsinya.

Di dalam video tersebut, Sean menggunakan ‘filter’ dan audio yang sedih boleh dilihat sangat keletihan melalui raut wajahnya.

Maya Basir