“Saya Serik Dah Nak…” – Aeril Zafrel Dedah Berdepan Kulit Kepala Terkoyak

Pelakon kacak, Aeril Zafrel mendedahkan bahawa dia mengalami masalah sakit kepala dan kulit kepala mengelupas selepas mewarnakan rambutnya.

Jelas Aeril, dia mewarnakan rambut atas sebab watak baharu yang akan dilakonkannya dan ingin melihat kesesuaian gaya rambut dengan watak.

“Sebenarnya, rambut ini saya warna untuk watak baharu. Saya cuba-cuba sebab nak tengok sesuai ke tak,” katanya kepada Gempak.

Namun begitu, pelakon drama Serpihan Sayang itu, mengakui serik untuk mewarnakan rambutnya lagi selepas melalui proses pelunturan rambut sebanyak empat kali.

“Tapi saya serik juga nak dye rambut lepas ni. Sebab sakit kepala! Nak dapatkan warna yang terang macam sekarang ni, saya perlu lalui proses bleaching sebanyak empat kali.

“Sampai kulit kepala pun semua terkopek. Hampir seminggu jugalah nak recover, “jelasnya lagi.

Memetik laporan Gempak, suami kepada pelakon Wawa Zainal itu menjelaskan bahawa dia tidak teragak-agak untuk mewarnakan rambut walaupun berdepan pengalaman kesakitan melampau demi watak yang akan dibawa dalam drama atau filem.

“Walaupun ambil masa yang agak lama untuk pulih, tapi mungkin juga saya akan mewarnakan rambut seperang ini… bergantung juga, kita kena tengok pada watak,” katanya.

Sumber: Gempak

Atiqah Johari