Konsert Gala Seri Puteri Simfonik Winds Bakal Tampilkan Anuar Zain

Sekolah berasrama penuh terbaik di malaysia, Seri Puteri (SSP), Cyberjaya bakal mengadakan sebuah konsert amal iaitu ‘FLOURISHES 23: SYMPHONIC GALA CONCERT’ pada 20 Mei ini, jam 8.30 malam di Panggung Sari, Istana Budaya.

Konsert tersebut bertujuan untuk mengumpul dana bagi meneruskan kecemerlangan Orkestra Simfonik Wind Seri Puteri (SPWinds) ke pertandingan International Orchestra Festival and Competition Golden Sardana di Barcelona, Sepanyol pada 12 hingga 17 September nanti.


Bagi merealisasikan impian dan cita-cita SPWinds sendiri, dana yang perlu dikumpul adalah sebanyal RM900,000.

SPWInds SPWinds adalah sebuah pasukan wind orkestra yang ditubuhkan pada tahun 1976 di Sekolah Seri Puteri dan diiktiraf sebagai School of Global Excellence (SGE) oleh KPM.

Mereka juga pernah mengharumkan nama negara di pentas ternama dunia muzik klasik seperti Carnegie Hall di New York dan Golden Hall Musikverein di Vienna, Austria.

Apa yang lebih menarik konsert gala tersebut juga mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta menampilkan persembahan hebat dari penyanyi terkenal, Anuar Zain.

Semua hasil kutipan konsert tersebut akan disalurkan sepenuhnya kepada SPWinds dan juga melalui konsert ini, juga diharapkan agar mendapat kerjasama dari pihak swasta dan mengalu-alukan sumbangan individu dan tajaan pihak korporat dalam menjayakan misi ROAD TO BARCELONA 2023.

Tiket konsert boleh didapati melalui laman web TICKETEMPIRE di https://www.myticketempire.com/flourishes23 dengan harga bermula RM168 hingga RM468.

Izzi Farhana