Ibu Kaka Azraff Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung & Angin Ahmar

Penyanyi, Kaka Azraff memaklumkan berita duka mengenai ibu tercintanya, Redida Aziz, 64, yang telah meninggal dunia pada jam 9:25 pagi tadi.

Difahamkan Allahyarhamah Redida menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang akibat serangan jantung dan angin ahmar.

Menurut Kaka atau nama sebenarnya Noor Atiqa Noor Azraff, 34, ibunya telah dimasukkan ke hospital sejak dua hari lalu.

“Mak sudah dimasukkan ke hospital Jumaat lepas dan masih dalam rawatan.

“Saya tiada bersama mak ketika dia menghembuskan nafas terakhir dan kini sedang menguruskan jenazah,” katanya.

Kaka yang kini sedang sarat hamil anak ketiga bersyukur segala urusan allahyarham amat dipermudahkan.

“Memang sedih tapi dalam masa yang sama syukur urusan dipermudahkan. Dia tak sakit lama dan tidak tersiksa lama,” ujarnya.

Sumber: mStar

Aqilah Paharuzi