Kontroversi Founder Tampar B*nt*t, Ini Respons Ifa Raziah & DSV – “Bukan Laki Awak Yang Tampar… Saja Nak Tayang ‘Aset’”

Susulan video yang tular baru-baru ini mengenai aksi tepuk punggung di antara pengasas-pengasas produk iaitu Kak KM, Datuk Seri Vida (DSV), Ifa Raziah dan CheTa Pot Pet yang menjadi bualan hangat orang ramai.

Ia mendapat kritikan hebat warganet selepas video itu dikongsi di platform sosial media.

Namun, Ifa Raziah dan DSV tampil memberi penjelasan dan membidas kritikan-kritikan warganet di laman sosial.

Memetik daripada laporan mStar, Ifa menganggap perbuatan tersebut adalah gurauan biasa setiap kali mereka berjumpa.

“Kami tidak buat perkara yang melampau. Bukannya saya berbogel atau selak kain hingga nampak bahagian yang tidak sepatutnya.

“Video tersebut hanyalah sekadar gurauan antara kami apabila berjumpa. Itu cara kami gembirakan diri sendiri,” ujarnya.

Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha turut memaklumkan bahawa dia tidak membaca komen yang ditulis warganet agar emosinya tidak terjejas.

Dia menyatakan yang tindakan tersebut juga sering dilakukan wanita lain dan dia juga menyelar komen pedas warganet dengan menyatakan aksi tersebut bukannya dilakukan oleh suami wanita lain.

“Rasanya ada juga wanita lain yang buat aksi sama seperti kami lakukan. Apa salahnya video tersebut?

“Bukannya suami awak yang tepuk punggung saya. Perbuatan itu dilakukan sesama wanita.

“Terima kasih kerana viralkan video tersebut. Saya tidak membaca sebarang komen kecaman di media sosial kerana malas nak layan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, DSV turut memberi respons bila ditanya mengenai isu yang tular ini.

Menurut DSV, dia tidak berniat untuk menimbulkan kontroversi namun video aksi tersebut telah membuat khalayak ramai terkesan dengan tindakan mereka.

Memetik daripada laporan Kosmo, DSV menyatakan itu merupakan salah satu cara dirinya untuk menayang kekayaan ‘asetnya’ selain duit.

“Itu cara saya tayang kekayaan ‘aset’ selain duit. Mempunyai punggung yang cantik sebenarnya aset juga.

“Terpulang orang punya penerimaan tapi kita walaupun sudah berumur tak bermakna tak boleh tayang aset kita, lagipun itu video kita bergurau dengan rakan-rakan kita yang rapat,” kongsinya.

Dia turut menyelar kritikan yang mengatakan dirinya jahil mengenai soal agama hanya kerana video aksi panas tersebut.

“Ada duit tak guna kalau kendur sini sana. Saya bukan jahil tentang agama tapi tolonglah jangan pandang negatif sahaja. Sikit-sikit nak kecam saya.

“Bergurau dengan rakan-rakan sahaja bukannya saya berjoget terkinja-kinja pun. Ada orang beri nasihat, saya terima dan kita belajar sama-sama kesilapan yang telah terjadi,” luahnya.

Walaubagaimanapun, video kontroversi tersebut turut menarik perhatian seorang pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Amin yang menyifatkan video tersebut sebagai tindakan yang memalukan.

Sumber: mStar, Kosmo

Atiqah Johari