Netizen Teruja TMJ Kongsi Perbualan Bersama Coach Pan-Gon

Heboh di ruangan media sosial mengenai perkongsian yang dimuat naik oleh Tunku Mahiota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mendedahkan perbualan WhatsApp bersama ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon sebelum perlawanan Malaysia menentang Bangladesh pada Selasa.

Berdasarkan beberapa tangkap layar yang dimuat naik menerusi akaun Instagram pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu, Pan Gon dilihat berkongsi senarai kesebelasan utama pasukan negara semasa perlawanan menentang Turkeminstan, Bahrain dan Bangladesh.

Difahamkan, TMJ adalah individu pertama yang akan mengetahui kesebelasan utama pasukan negara untuk setiap perlawanan skuad Harimau Malaya dalam Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023.

   

Malah, katanya rutin tersebut telah bermula ketika perlawanan persahabatan pada Mac lalu di Singapura selain dalam tiga aksi pemanas badan bertemu Brunei, Hong Kong dan Negeri Sembilan FC bulan lalu.

Tinjauan di ruangan komen Facebook Harian Metro mengenai berita berkenaan mendapati pelbagai reaksi telah dipamerkan oleh netizen yang mempersoalkan motif perkongsian TMJ itu di laman sosial.

Bagaimanapun memetik laporan Harian Metro, difahamkan tindakan Pan Gon berkongsi senarai kesebelasan utama itu mungkin kerana 13 pemain datang dari pasukan JDT yang telah mengunci kekuatan skuad Harimau Malaya.

Penantian 42 tahun untuk skuad Kebangsaan Negara berakhir apabila berjaya melayakkan diri ke Piala Asia 2023 dengan membenam Bangladesh 4-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa.

Sumber: Harian Metro

Aqilah Paharuzi