Featured By: Halimey Zamal December 23, 2022 @ 4:33pm

Korbankan Agama Demi Kejayaan Orang Lain, Nasihat Nabil Ahmad Sentuh Hati Peminat

Tular sebuah video memaparkan pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad memberi sedikit nasihat tentang agama dan kejayaan buat peminatnya di media sosial.

Video tersebut dimuat naik oleh @bebetterforfuture di laman TikTok dan telah berjaya mencuri tumpuan warganet.

“Orang yang paling rugi adalah orang yang mengorbankan agama untuk kejayaan dunia orang lain.

“Maknanya sekarang ni kita bekerja untuk siapa? kita bekerja untuk kejayaan dunia orang lain.

“Orang lain yang berjaya untuk dunia, kita pula yang korbankan agama kita yang Allah bagi ni.  Yang kita nak bawa ni akhir sekali kita nak bawa apa? iman dan amal kita je,” ucap Nabil.

Terkini, Nabil dilihat sering mengikuti jemaah tabligh bagi mendekatkan diri dengan agama dan mengenali islam dengan lebih mendalam.

Menelusuri ruangan komen, warganet memuji perubahan Nabil yang lebih baik dan ada juga wargamaya yang mula sedar setelah leka dengan godaan dunia.

“Allah kuatkan imanku menghadap dunia.

“Assalamualaikum, terima kasih atas perkongsian dan peringatannya.

“Terbaik Nabil, antara contoh artis yang boleh kita ikut. Insha-Allah semoga kita dipermudahkan segala urusan dalam mendalami ilmu agama,” tulis wargamaya.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 75,000 tontonan dan lebih 15,000 tanda suka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 Jan 2020
Trending Tue, 30 Oct 2018
Trending Wed, 29 Apr 2020
Hiburan Mon, 30 Oct 2023
Hiburan Tue, 26 Nov 2019
Featured Thu, 21 Sep 2023
LIFESTYLE Fri, 9 Mar 2018

Kenali si Introvert, Bukan sombong tapi…

Bila si extrovert rasa bosan duduk rumah seorang diri, si introvert pula sangat tenang dan happy. Mereka lebih habiskan masa membaca, berfikir, termenung dan adakala bermonolog sendiri. Jana idea lebih kreatif, si introvert lah heronya!