Featured By: Salma Syahbuddin September 21, 2023 @ 4:43pm

Tampil Dengan Single ‘Ternoktah’, Aisha Retno Nafi Jalin Hubungan Cinta Dengan Aziz Harun

Penyanyi berbakat, Aisha Retno menafikan spekulasi kononnya dia sedang menjalin hubungan cinta dengan penyanyi, Aziz Harun.

Katanya, hubungan mereka tidak lebih dari seorang kawan, malah lagu terbarunya berjudul ‘Ternoktah’ yang diinspirasikan dari pengalaman sendiri juga tidak ada kena mengena dengan pelantun lagu Senyum itu.

“Saya dengan Aziz sudah lama berkawan sejak saya mula berkecimpung dalam industri seni.

“Sekarang pun kami masih berkawan baik. Malah, Aziz juga mengundang saya pada showcasenya yang akan berlangsung pada Sabtu ini,” katanya.

Aisha berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran lagu terbaharunya berjudul ‘Ternoktah’  yang diadakan di Elephant Resort  Cafe, Petaling Jaya pada Rabu.

‘Ternoktah’ inspirasi dari 60 peratus pengalaman cinta

Mengulas lanjut mengenai single terbarunya, Aisha atau nama penuhnya, Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 23, menjelaskan, lagu ini diambil daripada 60 peratus kisah cintanya sebelum ini termasuklah kisah dan gelombang perpisahan yang dihadapi oleh rakan selebriti.

“Lagu ini menceritakan perjalanan kisah cinta saya dengan beberapa jejaka yang pernah dikenali pada tahun ini dan saya masih menyayangi dirinya seperti lirik lagu ini ‘melepaskanmu walaupun sakit’.

“Tapi jangan salah faham, sebab  lagu ni tak ada kaitan dengan hubungan saya dengan Aziz.

“Sehingga kini saya masih tidak ada keberanian untuk mendedahkan siapakan gerangan individu tersebut.

Kebelakangan ini, ramai yang telah mengambil perhatian terhadap gelombang berita perpisahan yang melibatkan selebriti-selebriti terkemuka, seperti yang tular. Ini sekaligus membangkitkan simpati dalam diri saya, dan kemudiannya meluahkannya melalui lagu,” jelasnya.

Rambut pendek tanda ‘move on’

Dalam pada itu, Aisha juga menjelaskan, dia tampil dengan imej berambut pendek dan memakai ‘braces’ dek kerana simbolik dengan dirinya yang mahu ‘move on’ dari kisah cintanya yang lalu.

“Ini menunjukkan saya sudah ‘move on’ dari kisah cinta yang lalu dan mahu fokus pada karier seni.

“Lagipun saya mahu tampilkan kelainan dengan potong rambut pendek, mewarnakannya dengan warna merah dan memakai ‘braces’ (pendakap gigi),” ujarnya.

Untuk info, lagu ‘Ternoktah’ hasil ciptaan Aisha Retno, Hanis Rafi dan Firdaus Rahmat ini akan mula diperdengarkan kepada umum bermula 22 September 2023 disemua platform penstriman terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Fri, 17 Apr 2020
Trending Wed, 21 Aug 2019

Kanak-Kanak Leka Main Basikal Maut Kerana Anjing ”Pit Bull”

Kanak-Kanak Leka Main Basikal Maut Jadi Mangsa Serangan Buas Kumpulan Anjing ”Pit Bull”

Featured Thu, 10 May 2018

Ini Cara Mudah Untuk Buatkan Kasut Anda Kalis Air, Selamatkannya Daripada Lencun

Selepas ini, tak perlu risau lagi kalau terpijak lecah.

Featured Fri, 7 Apr 2023
Featured Fri, 3 Jun 2022

Kecoh! Rakyat Persoal Kos Selenggara Istana Negara Cecah Hingga RM519 Juta

JKR telahpun membuat kenyataan berhubung isu ni…

Hiburan Thu, 10 Jan 2019

金钟国及哈哈3月2日来马开演唱会

金钟国及哈哈将于3月2日来马,展开两人的首场大马演唱会!

Hiburan Tue, 18 Jun 2019

「K歌制造机」谭志华大马发片留遗憾!祝贺VCR独漏李圣杰?

被誉为「K歌制造机」谭志华大马发片留遗憾!祝贺VCR独漏李圣杰?

Hiburan Tue, 25 Jun 2019