Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 30, 2024 @ 6:48pm

Kubur Suami Masih Merah, Belum Habis Tempoh Idah Dah Gatal Nak Kahwin? Drama ‘Khilaf Yang Tertulis’ Semakin Panas!

Kemesraan antara Misha (Fasha Sandha) dan Nordin (Fadlan Hazim) yang keterlaluan dan tiada batasan sehingga membuatkan anak-anaknya menjauh dengan ibu kandungnya sendiri.

Yana (Puteri Balqis) yang dulu menjadi pendengar setia ibunya berubah menjadi anak yang biadab sehingga sanggup meninggikan suara kepada ibunya kerana muak melihat ibunya yang sering keluar bersama Nordin sedangkan kubur bapanya masih merah lagi.

Itulah plot penceritaan yang terjadi dalam drama bersiri Khilaf Yang Tertulis menerusi slot Samarinda setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 dan strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Idah ialah suatu tempoh masa yang dilalui oleh seorang perempuan selepas perceraian atau kematian suami di mana dia tidak boleh menikah dalam jangka masa idah. Hukum idah menurut syarak adalah wajib ke atas wanita yang bercerai atau kematian suami

Isteri yang kematian suami hendaklah menjalani tempoh idah selama 4 bulan 10 hari. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah – ayat 234 yang bermaksud: “Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (ber’idah) empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis ‘idahnya, maka tiada dosa bagimu (para wali) membiarkan mereka berbuat terhadap diri mereka menurut yang patut. Allah mengetahui apa yang kamu perbuat”.

Selepas kematian suaminya, Misha yang masih dalam tempoh idah memaksa Nordin untuk membuat keputusan sama ada mahu berkahwin sekarang atau lupakan saja hubungan mereka sehingga membuatkan Nordin dilema kerana dia harus memikirkan penerimaan anak-anak Misha yang baru kehilangan bapanya.

Akhirnya Nordin setuju dan mereka berkahwin selepas Misha selesai idah walaupun tiada seorang pun setuju dengan pernikahan tersebut. Ini membuatkan Amir, adik arwah, terus mengawasi tindak-tanduk Nordin kerana dia merasakan Nordin bagai “menangguk di air keruh”.

Oleh itu, Amir (Ashraf Muslim) bertekad untuk menjaga amanah dan wasiat yang ditinggalkan Firdaus (Zamarul Hisham) pada anak-anak. Malah, Amir mahu mendapatkan hak penjagaan anak saudaranya.

Walaupun Misha dan Nordin sudah berkahwin tetapi anak-anak Misha masih tidak boleh menerima Nordin sebagai bapa tirinya. Sehingga membuatkan Misha rasa sebersalah terhadap Nordin kerana sikap anak-anaknya yang kurang ajar sehingga mencaci bapa tirinya.

Adakah betul tindakan Yana menggelarkan bapa tirinya ‘penyondol’ rumah tangga? Berjayakah Nordin menambat hati anak-anaknya? Atau Nordin mempunyai niat tertentu di sebalik perbuatan yang dilakukan?

Jangan ketinggalan untuk menonton Khilaf Yang Tertulis menerusi slot Samarinda malam ini, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 atau anda juga boleh strim melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 25 Dec 2018

Wanita Ini Keguguran 4 Kali Akibat Didera Oleh Suaminya Yang Curang Selama 43 Tahun

Kalau anda mangsanya, anda sanggup tak biarkan saja kerana cinta?

Trending Wed, 17 Jul 2019

Pilih Kawan Kena Berhati-Hati Guys! Jangan Pilih Yang Psiko

Pilih kawan jangan pilih luaran semata-mata okay! Takut psiko!

Hiburan Thu, 29 Jan 2026

Empat Tahun Menyepi, Azar Azmi Kembali Dengan Luahan Pilu Tentang Detik Terakhir ‘Abah’

Azar turut menjelaskan, kejadian itu bukan berpunca daripada kecuaian atau masalah kenderaan

Hiburan Tue, 1 May 2018

Adik Kahwin Dulu? Tasha Okay Saja!

“Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana saya percaya, sampai masa saya juga akan meninggalkan zaman solo dan memulakan hidup berumah tangga,” katanya.

Featured Sat, 11 Oct 2025

Status Rumah Tangga Sharifah Husna Didakwa Goyah? Netizen Komen: “Sekarang Ni Tak Ada Langsung Gambar Dia”

Pelakon Sharifah Husna mencuri perhatian warganet selepas beberapa komen tular mengenai status rumah tangganya bersama suaminya yang juga pelakon, Halim Radzi.

error: Content is protected !!