Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 20, 2023 @ 2:30pm

Lafaz Cerai Hafidz, Shuhada Ditangguhkan Pada 27 Julai

Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, menangguhkan keputusan lafaz cerai luar mahkamah antara pelakon, Hafidz Roshdi, 29 dan isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, pada 27 Julai depan.

Keputusan tersebut dilakukan oleh Hakim Syarie Siti Rahmah Hussin yang menetapkan tarikh pengesahan lafaz cerai tersebut pada 27 Julai ini.

Mahkamah akan menilai semula kenyataan bertulis kedua-dua belah pinak sebelum membuat keputusan pada 27 Julai ini.

Hafidz ketika ditemui usai perbicaraan lafaz cerai berkata akan menjaga hubungannya bersama kedua-dua pihak keluarga demi anak-anaknya, Humairah dan Umar.

“Syukur ke hadrat Illahi pada hari ini saya telah selesai memberi keterangan bagi kes konflik pengesahan lafaz cerai yang mana saya san Shuhada telah sama-sama hadir untuk memfailkan kes cerai ini pada 27 Februari lalu.

“Mahkamah telah menetapkan tarikh seterusnya untuk keputusan. Walau apa-apa pun, saya akan meneruskan kehidupan yang baru dan mengekalkan silaturahim dan ikatan yang sihat bersama kedua belah keluarga terutamanya untuk kepentingan anak-anak.

“Hak penjagaan anak-anak akan dibicarakan kelak. Berikan kami ruang untuk mencapai kata sepakat demi kepentingan Humairah dan Umar,” katanya.

Pada pagi ini, Hafidz hadir ke mahkamah memakai sut berwarna kelabu yang ditemani bersama ibunya, Puan Haliza Mohamad Jaabar @ Ibrahim kira-kira jam 10.50 pagi tadi.

Pada 13 Mac lalu, Hafidz didakwa dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menumbuk pipi kiri Shuhada sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Hulu Selangor.

Terdahulu, Hafidz dan Shuhada telah memfailkan cerai di mahkamah pada 27 Februari lalu.

Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 13 Jun 2023
Cahaya Mata Thu, 22 Dec 2022

Anak Masuk Hospital, Ajak Shiro Titip Pesan Hubungan Adik Beradik Tak Akan Terputus

Perkongsian yang dimuat naik oleh pelawak Ajak Shiro berkenaan anaknya yang terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital meraih perhatian netizen.   View this post on Instagram   A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro) Menerusi […]

Hiburan Mon, 3 Dec 2018

“SAYA Sudah Cukup Sengsara. Apa Salah Saya?

Nonny Nadirah Zainuddin berkata, sepanjang sakit dia tidak boleh bangun, makan dan minum hingga dimasukkan ke hospital.

Hiburan Tue, 14 Nov 2023
Events Wed, 23 Jan 2019
Trending Thu, 10 Mar 2022