Featured By: Maya Basir October 31, 2022 @ 3:53pm

Lagu Casablanca Ada Versi Arab & Inggeris, Sesuai Untuk Crush!

Lagu Casablanca yang dinyanyikan oleh Nuha Bahrin dan Naufal Azrin banyak digunakan oleh pasangan yang sedang bercinta di laman media sosial TikTok.

Menurut Nuha, maksud lagu ini sangat sesuai bagi pasangan yang sedang bercinta mahupun untuk menyatakan perasaan buat seseorang yang disukai.

“Pada saya tujuan utama lagu ini adalah untuk pasangan yang suka buat kandungan di TikTok jadi ia boleh dikaitkan dengan lirik lagu ini.

“Lagu ini mengisahkan tentang dua orang yang sedang bercinta, macam baru mempunyai perasaan antara satu sama lain.

“Ia seperti percintaan sewaktu muda dan sangat teruja dengan cinta pertama mereka. Ia juga macam nak beritahu perasaan sebenar kepada pasangan mereka atau crush,” jelasnya.

Susulan versi baru Casablanca di dalam bahasa Arab dan Inggeris, pasukan dan komposer yang bagus memudahkan proses penulisan lagu.

“Alhamdulillah saya dan Naufal sangat faham antara satu sama lain.

“Bagi proses penulisan lagu pula kami ada pasukan yang baik, komposer juga bagus iaitu Daqmi dan Wan Salleh.

“Kami juga dapat bantuan daripada kawan kami dari Syria iaitu abang Karim dan dia banyak tolong kami dalam memperbetulkan cara sebutan, terutamanya Arab sebab ia perlu teliti.

“Kalau salah sikit sahaja terus salah maknanya. Kami belajar banyak daripada dia,” katanya.

Casablanca versi Arab sudah boleh didengarkan dan versi Inggeris bakal dikeluarkan dalam masa terdekat.

Untuk rekod, Casablanca terus menjadi tular sehingga berjaya menduduki tangga pertama dalam platfom penstriman digital seperti Spotify dan Apple Music termasuk luar negara.

Malah muzik video rasmi juga sudah meraih lebih 23 juta tontonan setakat ini.

Selain itu, pasangan duet ini turut diundang untuk ditemu ramah oleh stesen-stesen TV dan radio terkemuka di Indonesia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 23 Jul 2019

Tragedi Ice Skating, Isteri Lan Solo Terkejut Dapat Banyak Perkongsian!

Nur Sheila Hassim membuka masyarakat mengenai beberapa aspek yang tidak seharusnya dipandang remeh ketika bermain sukan luncur ais.

Events Sun, 7 Apr 2019

《娘惹相思格》夺「DFKL 2019」最受欢迎中文电视剧

《娘惹相思格》气势逼人!以大热门姿态打败其他5部入围作品,夺「吉隆坡电视剧节」最受欢迎中文电视剧。

Trending Sat, 4 Jan 2020

Bom Mortar Lama Ditemui Di Kebun Serting Hilir 2

Sebutir bom mortar lama jenis 81 milimeter, ditemui di kawasan kebun Serting Hilir 2, Jempol, semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol DSP Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata bom itu dijumpai oleh orang awam yang sedang […]

TECH Fri, 18 May 2018

Gmail for iOs Kini Menerima Ciri Bayaran Google Pay

Google Pay yang membolehkan korang ‘membayar sesiapa saja menggunakan alamat emel’

Featured Fri, 19 Mar 2021
Hiburan Sun, 2 Oct 2022
Hiburan Tue, 12 Mar 2024