#LaguXTRA: Suka Dengar Lagu Beri Semangat, Mimi Lana Team Selena Gomez? – “Saya Universal Listener…”

Segmen lagu XTRA minggu ini menampilkan pelakon cantik, Mimi Lana yang berkongsi tentang lagu kegemarannya dari dalam dan luar negara.

Menurutnya, lagu kegemaran buat masa ini adalah Calm Down iaitu nyanyian oleh Selena Gomez.

Lagu yang mempunyai rentak yang menarik itu adalah kolaborasi Selena Gomez dan REMA iaitu penyanyi dari Nigeria.

“Lagu favorite saya sekarang adalah Calm Down by Selena Gomez sebab saya suka vibes lagu tu, beat dan konsep dia love sangat.

“Dan saya juga sangat meminati Selena Gomez, saya team Selena Gomez,” ujarnya yang memihak kepada Selena berhubung isu Hailey Bieber sindir Selena Gomez.

Manakala lagu tempatan kegemarannya ialah lagu nyanyian Fazura yang berjudul Can’t Forget Me kerana lagu tersebut memberikan suntikan semangat buatnya sebelum bekerja.

“Kalau lagu dekat Malaysia, saya suka lagu Can’t Forget Me from kak Faz sebab lagu tu pagi-pagi nak pergi kerja saya dengar macam dia bagi motivasi untuk be strong, kuat bekerja which is very women empowering,” katanya.

Mengulas mengenai lagu lama dan lagu baru menjadi pilihan hati, pelakon Masih Ada Rindu ini menyukai kedua-duanya kerana dia merupakan pendengar yang bersifat bebas.

“Sebenarnya saya suka kedua-duanya sebab saya adalah universal listener. Saya tak kisah lagu lama atau baru, kalau saya suka memang berulang-ulang kali saya akan dengar.

“So, lagu generasi sekarang atau yang lama, dua-dua best,” jelasnya.

Maya Basir