“Takutnya Peminat Psiko Macam Ni!”- Kes Serang Kamal Adli, Netizen Dedah Bukti Peminat Obses… Anggap Uqasha Kekasih Hati

Susulan insiden yang menimpa pelakon Kamal Adli baru-baru ini, ramai pihak mula mendedahkan pelbagai bukti berupa komen yang didakwa dihantar oleh peminat fanatik isterinya, aktres Uqasha Senrose.

Menerusi beberapa perkongsian video yang tular di TikTok, netizen mendakwa individu yang menyerang kamal adalah salah seorang peminat yang terlampau obses dengan aktres berkenaan sehingga sanggup meninggalkan pelbagai komen aneh di laman instagram milik pasangan terbabit sebelum ini.

“Saya tidak akan maafkan apa yang Uqasha  dan keluarganya serta sahabat handai lakukan kepada saya.

“Saya berjuang bermati-matian mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan kasih sayang gadis yang saya cintai. Hancur lebur hati saya bila Uqasha buat macam ni,” tulisnya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, video kompilasi komen-komen individu terbabit yang dikenali sebagai @arjandali, @hisyam794 dan @noorazman81 itu turut memiliki unsur-unsur ugutan.

Terdahulu, individu yang didakwa menyerang Kamal dalam sebuah acara di Singapura baru-baru ini telahpun didakwa di mahkamah Singapura pada 14 Mac lalu.

Tertuduh juga telah direman di Institut Kesihatan Mental selama dua minggu bagi menjalani penilaian psikiatri.

Salma Syahbuddin