Lakon Babak Tidak Senonoh, Netizen Luah Rasa Kecewa Pada Lah Ahmad? – “Frust! Imej Berislamik Tapi Sanggup Terima…”

Penyanyi dan pelakon, Lah Ahmad menjadi perbualan ramai di media sosial selepas tular video memaparkan babak kurang senonoh dalam sebuah drama lakonannya.

Video yang dikongsikan oleh sebuah portal hiburan di Instagram menunjukkan babak Lah yang ‘digoda’ oleh seorang wanita yang sedang membuka baju, sehingga mendedahkan paras bahunya.

Menerusi video itu juga, Lah yang memegang watak sebagai Joe menunjukkan reaksi yang tidak selesa dan menutup matanya.

Menjengah ke ruangan komen hantaran itu ramai pihak yang meluahkan rasa kesal terhadap pelantun lagu popular Kau Tercipta itu kerana melakonkan babak drama tersebut.


Ramai dalam kalangan netizen yang mempersoalkan pilihan Lah yang dikatakan berimej islamik dan tidak sesuai melakonkan babak tersebut.


Namun begitu, ada juga segelintir daripada netizen yang mempertahankan bintang ternama itu apabila Lah dilihat masih cuba untuk menjaga pandangannya.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada penjelasan daripada pihak Lah sendiri.

Aqilah Paharuzi