Euforia Bola 2026
Acara By: Fatin Nurain November 13, 2022 @ 3:02pm

Lambang Apresiasi Buat Peminat, BCL Bakal Adakan Konsert 27 Januari Depan

Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari atau lebih mesra disapa sebagai BCL, bakal mengadakan konsert di Malaysia anjuran Icon Entertainment, pada 27 Januari depan.

Konsert yang dinamakan BCL Blossom Intimate Concert itu juga akan berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, jam 8.30 malam.

Setelah melalui fasa sukar dalam kehidupannya, BCL menyifatkan konsert ini sebagai hadiah dan apresiasi buat peminatnya yang mendokong karier dan kehidupan peribadinya, terutama selepas kehilangan suami tercinta, aktor Ashraf  Sinclair, pada 18 Februari 2020.

Menurut BCL, dia sangat berbesar hati untuk mengadakan konsert sulungnya selepas pandemik Covid-19 melanda kerna dapat bertemu kembali dengan peminatnya di sini.

“Saya sangat berbesar hati untuk bertemu semula dengan peminat di Malaysia, apa lagi sudah cukup lama saya nantikan momen untuk melakukan konsert di negara yang sudah menjadi rumah kedua buat saya.

“BCL Blossom Intimate Concert ini juga sebagai lambang apresiasi buat seluruh peminat yang sudah banyak memberi sokongan kepada saya.

“Selalu DM dan memberi komen di sosial media memberi kata-kata semangat terutama sewaktu Ashraf meninggal dunia. Saya tidak dapat membalas semua mesej tetapi sangat menghargainya,” katanya.

Malah, pelantun lagu Wanita Terbahagia itu juga menyatakan dia memilih Blossom sebagai tema konsertnya kerana memberi kepada kerjaya dan kehidupan pada masa sekarang dan akan datang.

“Blossom memberi maksud supaya saya bangkit terus dalam berkarya dan tegar menjadi anak seni,” katanya.

Sementara itu, Iman Tang selaku wakil pihak penganjur juga melahirkanrasa syukurnya kerana perancangan membawa BCL melakukan konsert di Malaysia akhirnya dapat dilaksanakan, pada tahun hadapan.

“Kita semua sedia maklum selepas pemergian Allahyarham Ashraf, BCL berehat sebagai fasa untuk menguruskan kehidupan peribadinya.

“Kami di Icon Entertainment sentiasa mengekori rapat mengenai momen yang tepat untuk melamar sekaligus mendapatkan persetujuan beliau untuk melakukan konsert ini.

“Alhamdulillah, selepas beberapa siri perbincangan dengan jadual beliau yang padat, BCL sendiri tidak mahu melepaskan peluang beraksi di ‘rumah keduanya’,” katanya.

Kini, orang ramai boleh mula mendapatkan tiket BCL Blossom Intimate Concert di www.ticket2u.com.my bermula 11 November yang lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Akui Gemuruh, BCL Beranikan Diri Kembali Ke Malaysia Tanpa Ashraf Sinclair – “Tempat Ini Ada Banyak Memori”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Lebih Sedih Jadi Mangsa Body Shaming” – BCL Jawab Dakwaan Hamil

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 22 May 2025

Fattah Amin Akui Kecewa, Filem ‘Kulit Wayang’ Kurang Sambutan

Fattah Amin akui kecewa filem Kulit Wayang tak dapat sambutan

Trending Wed, 24 Jan 2024
Events Fri, 1 Nov 2019

《了不起的Z世代》获颁 ASK2019「最佳实境节目」

由叶剑锋主持的八度空间《了不起的Z世代》成功脱颖而出,获颁 「ASK2019」最佳实境节目。

Hiburan Sat, 11 Apr 2026

Pusara Anak Dikerumuni Burung Merpati, Amyza Aznan Sebak – “Apa Amalanmu Wahai Anak…”

Amyza mempersoalkan apakah amalan yang dilakukan anaknya itu yang turut disayangi oleh makluk ciptaan Allah SWT yang lain.

Hiburan Thu, 24 Apr 2025

Dah Lali Nama Sering Dikaitkan Sudah Berkahwin, Erra Fazira Perjelas Status Masih Solo

Erra Fazira nafi dah berkahwin, dah lali nama sering terkait

Featured Sat, 27 Apr 2024
error: Content is protected !!