Hiburan By: Salma Syahbuddin January 10, 2018 @ 6:55am

LAWAK DOUBLE MEANING, DEPENDS! – SHUK

Nama pelawak Shuk, sudah tidak asing lagi dalam program realiti lawak tanah air mahupun klip-klip parodi. Bagi Shuk, itu adalah antara minatnya. Sesuailah kalau dia tampil sebagai antara peserta untuk program terbitan TV3 pada kali ini iaitu Bintang Bersama Bintang 2018. 

Shuk ketika sidang media Bintang Bersama Bintang di DPAC, Petaling Jaya semalam

Bagi Shuk, apa yang cuba diketengahkan untuk persembahannya pada kali ini ialah lawak yang straight forward. Namun, Shuk tidak menjanjikan apa-apa cuma yang pastinya beliau akan lebih sensitif terhadap isu ataupun lawak double meaning ini.

“Kali ini saya akan bagi lawak straight forward,  sebenarnya kalau kita follow saya punya perjalanan karier lawak saya. Dulu masa mula-mula saya dengan lawak double meaning dan saya try dengan lawak-lawak yang lain jugak dan saya taknak menjanjikan apa-apa sama ada, ada ataupun takde, saya taknak janjikan. Apa yang pasti saya akan lebih sensitif sebab kita pun tahu industri lawak kita sekarang ini emo kepada lawak-lawak yang sensitif sekarang ni kita dah takleh nak buat. jadi saya akan jaga guideline tu asalkan benda tue saya rasa menghiburkan orang, saya akan buat.”

Antara aksi Shuk ketika penggambaran klip parodi nya bersama @upiak_isilsgz

Bila dikatakan lawak double meaning itu adalah tagline Shuk, Shuk sama sekali menafikan. Kerana, baginya lawak itu semamangnya bebas. Namun, Shuk akan mengambil pendekatan yang lebih kreatif untuk hasilkan lawak yang berkualiti pada kali ini. 

“Saya takleh cakap itu adalah satu tagline. Sebab, lawak itu sendiri sebenarnya bebas. kadang-kadang ada orang cakap tagline saya double meaning. tapi ada jugak pandangan negatif mengatakan benda tu tak sesuai untuk di tonton seisi keluarga. Jadi saya akan try gabungkan benda yang tagline saya untuk semua  masyarakat.”

Apa yang penting bagi Shuk adalah, memberikan yang terbaik untuk persembahannya di Bintang Bersama Bintang 2018 (BBB) Dan berharap, semua peminatnya akan mengundi persembahannya di BBB kali ini. 

So, kepada semua peminat Shuk jangan lupa untuk saksikan program lawak realiti Bintang Bersama Bintang 2018 pada setiap hari Ahad, jam 10.00 malam hanya di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 18 May 2018

Sajat Dating Dengan Siapa Tu?

Untuk episod kali ini, Sajat kena menghadiri mesyuarat bersama Tan Sri Jojo, owner Concorde Hotel. Wah! Buat apa lah agaknya tu Sajat?

#LaguXTRA Thu, 23 Feb 2023
Featured Sun, 26 May 2024
Hiburan Thu, 7 Jun 2018

Respon Mereka Positif – Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza juga diminta untuk menulis semula memorandum tentang apa yang beliau sampaikan untuk dibincangkan…