Categories: HiburanTrending

Lebih Banyak Terima Tawaran Lakonan, Isyariana Tidak Kisah Kerjaya Asal Sebagai Penyanyi Dilupakan

Aktres jelita, Isyariana Che Azmi mengaku lebih banyak terima tawaran untuk menjayakan lakonan berbanding nyanyian meskipun dia mula berkecimpung dalam industri seni sebagai seorang penyanyi.

Bersyukur dengan rezeki yang diterima, Pemenang trofi Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 itu tidak menolak kemungkinan orang ramai makin melupakan kerjaya asalnya sebagai penyanyi.

“Sekarang rezeki saya lebih banyak dalam bidang lakonan. Saya memang takkan lepaskan peluang, mana yang saya dapat, saya tengok skrip dan terima jika sesuai.

“Pada masa sama, saya ambil kelas vokal bersama Amylea Azizan untuk memperbaiki mutu nyanyian. Ada masa saya selit juga terima undangan persembahan, jadi saya masih lagi menyanyi,” ujarnya.

Isyariana berkata, dia tidak menyangka apabila terdapat segelintir netizen tidak percaya latar belakangnya.

“Ramai anggap saya berlakon. Ada tak percaya bila saya cerita latar belakang bermula sebagai penyanyi,” katanya lagi.

Memetik laporan Berita Harian, dia mahu mengeluarkan single kedua dengan menggunakan khidmat komposer Indonesia.

“Ada komposer dari Indonesia berikan saya lagu ciptaannya, tapi ia masih dalam perbincangan.

“Insya-Allah, saya terima tawaran berlakon filem arahan pengarah Indonesia. Ia adalah filem bergenre aksi, tapi saya tak boleh kongsi lanjut.

“Jujurnya, saya memang ada niat terbang ke Indonesia sebab orang asyik kata muka saya macam Agnes Monica.

“Jadi, apa kata saya cuba tembus ke pasaran Indonesia.

“Itu saya fikir kalau saya ada single dan bekerja dengan pengarah dan pelakon dari seberang, mungkin lebih mudah untuk saya cuba mengembangkan bakat di sana,” jelasnya.

Teraju utama filem Saka Perawan itu bersedia untuk meneroka perkara baharu demi melonjakkan nama dan pola kerjayanya.

Sumber : BH

Syamir Shafie