Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 27, 2024 @ 10:38am

“Lelaki Zaman Kini Ambil Mudah Isu Perkahwinan, Lepas Cerai Pun Masih Ada Tanggungjawab” – Abby Abadi

Pelakon, Abby Abadi berkongsi pendapat peribadinya mengenai perkahwinan kali ketiga bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali bersama pilihan hatinya.

Menerusi hantaran di Instagram, Abby memuat naik tangkapan skrin paparan berita Safee yang mengakui sudah berkahwin lain serta menganggap perkara tersebut tiada masalah.

Abby berkata sebelum ini dia melihat laman Instagram bekas isteri Safee, Fitria Elfina bahagia dua tiga bulan sebelum bercerai.

“Tengok laman sosial isterinya, dua tiga bulan lepas elok je bahagia lagi.

“Tiba-tiba je dah kahwin dengan orang lain. Hmm,” katanya.

Sementara itu, Abby menyifatkan lelaki pada zaman kini mengambil mudah isu perkahwinan sehingga tidak memikirkan tanggungjawab sekiranya sudah bercerai.

“Senang betul jadi lelaki zaman sekarang ni. Ambil mudah je hal nikah kahwin.

“Tak fikir ke kalau bercerai pun tanggungjawab masih ada.

“P.s: Nikah kahwin tu pilihan ya, sekian,” tulisnya lagi.

Abby Abadi

Safee dan Fitria cerai talak dua selepas perkahwinan terbina selama 11 tahun.

Safee turut mengakui telah berkahwin untuk kali ketiga bersama wanita lain.

Safee bernikah dengan Fitria Elfina yang merupakan warga Indonesia pada 21 Disember 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Sebelum itu, Safee juga pernah berkahwin dengan Sabarina Yusof pada 2007 sebelum berpisah pada 2 April 2012 dan dia juga mempunyai dua anak hasil perkongsian hidup pada perkahwinan pertamanya.

Artikel Berkaitan: Rindukan Anak, Isteri Dakwa Safee Sali Bawa Keluar Dua Anak Sejak Februari

Artikel Berkaitan: “Dia Kahwin Baru Secara Sembunyi Di Siam 26 Januari Lalu” – Diceraikan Melalui Voice Note, Serik Mental Didera.. Isteri Safee Sali Dakwa Dilayan Seperti Sampah

Artikel Berkaitan: Safee Sali Mengaku Dah Kahwin Wanita Lain – “Bagi Saya Yang Halal Tiada Salah”

Artikel Berkaitan: Anggap Aslam Tak Mampu Berpoligami, Abby Abadi Luah Marissa Dania Berubah 360 Darjah – “Sampai Tahap Itu Dia Boleh Buat”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 17 Apr 2022
Hiburan Tue, 27 Mar 2018

Ini Pesan Terakhir Bob Lokman

Sebelum ini, Bob pernah di tahan di UiTM Private Speialist Centre, Sungai Buloh akibat mengalami masalah paru-paru berair dan jantung bengkak pada awal Januari lalu

Hiburan Fri, 13 Apr 2018

Faye Lahirkan Anak ‘ADAM50’ Di Kalangan Artis!

Agaknya artis mana yang akan mendahului permohanan pendaftaran secara dalam talian ini  atau memberi laluan sahaja kepada keluarga yang lebih memerlukan?

Hiburan Thu, 11 Jan 2018

Tak Bayar Bil Elektrik 5 Bulan?

Mereka sekeluarga tidur bertemankan lilin tetapi ini adalah satu pengalaman kata Hanis

Hiburan Thu, 9 Oct 2025

Sharifah Sakinah Hidupkan Watak Ibu Tiri Berilmu Hitam Dalam ‘Qifarah’

Sakinah menghidupkan watak Mawar, seorang ibu tiri yang menyimpan rahsia hitam

error: Content is protected !!