Lepas Berdamai, Taylor Swift Ajak Katy Perry Jadi ‘Burger’ Dalam Muzik Video YNTCD

” Jadi saya bertanya kepada Perry, ‘Bagaimana jika kita menjadi burger dan fries sebagai metafora dua orang yang kembali bersatu? Seperti…pasangan yang sempurna?” demikian komen penyanti Taylor Swift ketika menceritakan bagaimana dia kembali berbaik dengan Katy Perry dan mengajak wanita itu bersama dalam klip video terbaharunya, You Need To Calm Down.

Memetik kenyataan Taylor menerusi ET Online, dia teruja apabila Katy menyambut baik pelawaan yang dilakukan selepas sudah lama tidak bertegur.

Hal ini membuatkan para netizen terkejut apabila Taylor mengumumkan di Twitter bahawa Katy bersetuju untuk membuat penampilan di dalam klip video “You Need To Calm Down.”

Menerusi sebuah wawancara di BBC Radio 1, Taylor bercerita dia bertemu semula dengan Katy di sebuah pesta. 

” Kami saling melihat antara satu sama lain dan mula sedar semua sudah berbeza. Kami sudah dewasa dan apa yang pasti kami sebenarnya memiliki banyak persamaan. 

” Namun begitu, kami tidak rasa untuk berkongsi hal ini dengan orang ramai. Biar antara kami sahaja yang tahu,” katanya yang gembira sudah berdamai dengan rakan lamanya itu. 

Nampaknya, bukan hanya Katy sahaja yang tampil dalam klip video itu malah ramai lagi selebriti antaranya Adam Lambert, Ryan Reynolds, Ciara, Ellen DeGeneres dan ramai lagi.

Untuk rekod lama, dua penyanyi terkenal ini pernah berselisih faham pada tahun 2015.

Dalam video muzik tersebut menunjukkan Katy memakai kostum burger manakala Taylor memakai kostum kentang goreng dan memeluk antara satu sama lain.

Terdahulu, Taylor Swift turut menghantar biskut kepada Katy Perry dengan menulis “Peace At Last” di atas pinggan tersebut.

Selepas 13 jam tayangan video muzik tersebut telah mendapat lebih 30 juta tontonan di YouTube.

SGMS Faida