Hiburan By: SGMS Faida April 14, 2019 @ 10:20am

Lepas Cili Jeruk, Ayu OIAM Sibuk Jual Sambal Terung Pula!

Selain bergelar tokey cili, penyanyi Ayu Damit mendedahkan kini sibuk dengan perniagaan sambal terung.

Akui penyanyi berusia 30 tahun ini, dia bakal sibuk dengan produk makanan berasaskan sambal segera sepanjang Ramadan ini.

“ Ayu akan berniaga di beberapa booth pada bulan puasa ini. Selain cookies dan cili jeruk, saya amat berharap sambal terung akan mendapat sambutan baik.

“ Merupakan masakan orang Jawa, cara masakan sambal ini juga mengambil masa yang lama. Lebih kurang 5-6 jam untuk siapkan sambal terung,” katanya kepada XTRA.

Ayu kini yang aktif mengusahakan tanaman cili di Hulu Langat memberitahu sambal terung keluarannya akan dipek di dalam botol dan mampu bertahan selama tiga bulan.

“ Kalau tak letak dalam peti sejuk juga ia mampu bertahan selama tiga bulan. Mudah untuk anda yang pening nak cari menu bersahur atau berbuka nanti, saya mahu mudahkan pembeli,” katanya.

Pengasas Ayu Damit Agro Farm ini juga memberitahu masih aktif menerima undangan nyanyian meskipun sibuk di ladang.

“ Ramadan ini saya akan membuat persembahan di Hotel De Palma Ampang selama 26 hari. Insha Allah jika tiada aral, saya akan bersama kumpulan pemuzik Sri Mawar menghiburkan tetamu yang datang berbuka puasa di sana,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 4 Sep 2019

Gamit Nostalgia…Awie Serap Mood ‘Jiwang’

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman memaklumkan dia juga sudah ‘melamar’ beberapa penyanyi popular antaranya…

Hiburan Sun, 2 Jun 2019

’Ayah Kena Strong…’- Liza Hanim Doa Bapa Sembuh Dari Kanser

Semoga Allah kurniakan kesembuhan buat Abdul Halim, bapa kepada Liza Hanim. Amin…

Hiburan Wed, 4 Dec 2019

Janna Nick Ingin Ikut Jejak Langkah Ellen?

Semoga tahun 2020 bakal jadi tahun yang lebih sukses buat Janna!

Hiburan Wed, 14 Aug 2019
Featured Sun, 30 Apr 2023
Hiburan Mon, 20 Nov 2017

NOVEMBER MUSIM ARTIS BERTUNANG

Kedua-dua pasangan ini juga bersyukur kerana majlis pertunangan ini berjalan dengan lancar dengan dihadiri oleh keluarga dan kawan-kawan rapat.

Featured Tue, 27 Sep 2022
Hiburan Wed, 2 May 2018

Ruhainies Kini Jadi Penerbit, Minta Netizen Jangan Pertikai

Ruhainies nampaknya sedang meneliti setiap skrip dalam drama tersebut sebagai persediannya untuk tidak kelam kabut disaat-saat akhir.