Lesti Kejora Akhirnya Tarik Balik Laporan Polis Terhadap Rizky Billar

Penyanyi Indonesia, Lesti Kejora dikatakan telah menarik balik laporan polis yang dibuatnya ke atas suami, Rizky Billar.

Memetik laporan Detik, peguam Rizky Billar, Surya Darma berkata, Lesti Kejora telah menandatangani surat untuk menarik balik laporan keganasan rumah tangga (KDRT) dan berdamai dengan anak guamnya.

Surya Darma juga berkata, Lesti Kejora segera memeluk Rizky Billar selepas menarik balik laporan Polis Metro Jakarta Selatan.

“Ya, mereka berdamai. Jadi pada dasarnya mereka berdua bertemu di dalam bilik,” kata Surya Darma.

Surya Darma juga memberitahu Lesti Kejora dan Rizky Billar saling berpelukan sesama sendiri selepas perdamaian itu berlaku.

“Sudah pasti (peluk),” ujarnya.

Selain itu, Surya Darma turut berkata keputusan damai itu disahkan melalui surat yang ditandatangani oleh Lesti Kejora selaku pelapor.

Lesti Kejora telah menarik balik laporan itu di hadapan penyiasat dan peguamnya, Sandy Arifin.

“Jadi surat kuasa ditandatangani di hadapan saya, di hadapan peguam Bang Sandi, selepas membacanya ditandatangani,” tambahnya.

Bagaimanapun, Surya Darma tidak mendedahkan sebab pembatalan laporan keganasan rumah tangga Rizky Billar. Beliau hanya menegaskan pembatalan laporan itu berdasarkan persetujuan kedua-dua pihak.

“Itu (sebabnya) saya tak boleh sampaikan, itu dalaman antara mereka, suami isteri, kita tengok saja. Surat pembatalan itu di depan saya, perjanjian antara mereka berdua,” katanya.

Semalam Rizky Billar dilaporkan sudah ditahan polis bagi membantu siasatan kes keganasan dalam rumah tangga yang dilapor Lesti Kejora pada 28 September 2022.

Rizky Billar juga ada menyebut kepada media bahawa isterinya akan menarik balik laporan polis terhadapnya, semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Billar Akhirnya Ditahan, Dakwa Lesti Kejora Akan Tarik Balik Laporan Polis

Sumber: Detik

Khairil Khusyairi