‘Tempat Ini Ajar Saya Erti Kehidupan’- Jamal Abdillah

“Tempat ini mengajar saya erti kehidupan. Lima tahun saya di sini, terlalu banyak kenangan di sini,” kata penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah yang bercerita mengenai pengalamannya berada di Pengasih, Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Kata Jamal ketika ditemui di sidang media Malam Amal Pengasih Cinta Manis, Jamal berbesar hati untuk membuat persembahan di majlis makan malam Pengasih itu sebagai membalas jasa pusat pemulihan itu padanya.

“Walaupun sudah tidak tinggal di sini, saya tetap akan membantu apa yang patut untuk Pengasih. Tidak mungkin saya melupakan jasa mereka yang ada di sini. 

“Saya berharap dengan persembahan saya pada malam itu nanti, sedikit sebanyak saya dapat ‘memberi’ semula kepada Pengasih,” katanya.

Tambah Jamal, dia akan membuat persembahan selama 40 minit serta menyanyikan beberapa buah lagu popularnya pada malam itu nanti.

Malam Amal Pengasih @cintamanis akan diadakan pada 17 November nanti di Hotel Istana.

Jamal tidak keseorangan pada malam itu kerana penyanyi Man Bai akan turut mengadakan persembahan yang bertujuan mengutip dana untuk membiayai pembinaan pusat pemulihan Pengasih yang akan berpindah ke Bentong.

Untuk keterangan lanjut, hubungi 010-393 5140/ 011-2384 7617/ 011-6074 7403 (Atiqah, Abdullah atau Khairul Baharuddin). 

SGMS Faida