Makin Kurus, Kenapa Dengan Datuk Vida?

Datuk Seri Vida ketika ditemui di majlis pertunjukan fesyen, Primavalet Fesyen Hub Lebaran 2018 di salah sebuah hotel terkemuka, dilihat makin menawan dengan bentuk badan lebih slim...putus cinta ke Datuk?

“ Mana ada…saya masih sendiri,” katanya sambil disambut tawa rakan media yang lain.

Kata usahawan popular ini, antara sebab dia menjadi kurus kerana ‘makan hati’ tetapi bukanlah disebabkan putus cinta.

“ Bukan makan hati lah, saya masih sendiri…dengan siapa saya nak ‘makan hati’. Cuma saya susah hati dengan urusan perniagaan,” katanya masalah itu melibatkan hutang piutang syarikatnya.

Sabarlah ya Datuk, adat berniaga…pasti berdepan dengan banyak dugaan.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Ipoh mengarahkan Vida menyelesaikan bayaran cukai pendapatan individu bagi tempoh lima tahun yang dituntut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjumlah lebih RM4.6 juta sebelum 21 Mei depan.

Arahan penyelesaian di luar mahkamah itu diputuskan Pesuruhjaya Kehakiman Anselm Charles Fernandis selepas tuntutan itu difailkan peguam LHDN, Nor Hidayah Mohd Anas di dalam kamar hakim.

Dalam penyataan tuntutan LHDN, Vida dikehendaki membayar kepada LHDN mengikut Subseksyen 91(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun taksiran 2011 hingga 2015 berjumlah RM4,686,435.79.

“ Saya hanya mampu berdoa supaya semuanya dipermudahkan… Insha Allah,” katanya.

SGMS Faida