Categories: FeaturedTrending

Ditemubual Ellen DeGeneres, Henry Golding Rasa Macam Tak Percaya

Akhirnya, hajat aktor kelahiran Malaysia, Henry Golding untuk menemui hos rancangan bual bicara popular di Amerika Syarikat, The Ellen Show tercapai apabila dia bersama Constance Wu diundang untuk slot bicara bersama Ellen DeGeneres.

Henry Golding saat menggambarkan pengalaman berharga ditemubual Ellen DeGeneres yang pastinya menjadi momen tidak akan dilupakan itu sebagai mimpi menjadi nyata. Truly surreal sebagaiman tulisannya menerusi kapsyen gambar yang dimuat naiknya semalam.

Penampilannya di rancangan bual bicara itu dikatakan untuk mempromosikan filem terbaharu gandingannya bersama Constance Wu yang berjudul Crazy Rich Asians.

What a crazy, crazy experience. Just insane! Bursting out with the full trailer Monday morning Pacific time. Spread the word!” tulis kapsyennya yang mana memaparkan betapa teruja dan gembiranya untuk momen itu.

Sempat memuat naik sekeping gambar di laman Instagramnya yang menunjukkan dirinya berada di pintu masuk artis ke studio Warner Brothers Entertainment di mana rancangan Ellen dirakamkan.

Foto : Iluminasi

Crazy Rich Asians bakal ditayangkan pada 17 Ogos depan yang mana ia merupakan filem yang diadaptasi dari novel tulisan Jon M.Chu yang turut menggunakan nama yang sama untuk judul itu.

Aktor kacukan Iban dan British dari Sarawak itu sebelum ini pernah menjadi hos untuk rancangan bual bicara di The 8TV Quickie dan dokumentari Welcome To The Railworld Japan di saluran 8TV dan Surviving Borneo di saluran Discovery (Asia).

Golding turut bakal muncul di dalam filem Monsoon yang diarahkan oleh Hong Khaou dan Paul Feig berjudul A Simple Favour yang mana turut menampilkan Blake Lively dan Anna Kendrick dan dijadualkan untuk tayangan pada 14 September 2018.

Dengan kemunculan Henry Golding di rancangan Ellen DeGeneres itu menjadikan dia aktor Malaysia yang pertama muncul di rancangan tv popular di Amerika Syarikat itu.

Di bawah ini, video sedutan ketika Henry ditemubual oleh Ellen. Enjoy watching!

Sumber Video : YouTube

Sumber : Eh! 

Yanie Baharom