Categories: TECHTech News

Samsung Galaxy A8, Peranti Seksi Kalis Air Bersama Dwi-Kamera Swafoto

Samsung Galaxy A8 dan Galaxy A8 Plus (2018) merupakan pengganti kepada model sebelumnya, Galaxy A7. Galaxy A8 dan A8 Plus menjadi taruhan Samsung untuk kelas pertengahan, namun tak dapat dinafikan Samsung pada ketika ini ditenggelami oleh beberapa model peranti keluaran China dalam segmen ini yang jauh lebih murah pada spesifikasi yang sama.

Pada kami, jawapannya mudah, Samsung mahu mengekalkan status jenama kepada pengguna dan ekslusiviti. Pada masa yang sama Samsung turut memperlihatkan beberapa ciri yang hanya ada pada flagship dalam membawakan nilai tambah kepada peranti kelas pertengahan mereka.

1. Rekaan Luaran (8/10)

Samsung nampaknya telah merombak rekabentuk untuk Galaxy A8 dan A8 Plus menjadikanya antara peranti yang elegen dan seksi. Pada kami binaan di bahagian sisi sangat kemas. Dengan binaan kaca di bahagian panel belakang membuatkan peranti ini sangat selesa dipegang. Rasa premium.

Dibahagian hadapan Galaxy A8 dibina dengan skrin Super AMOLED pada ukuran 5.6 inci manakala Galaxy A8 Plus pada ukuran 6 inci. Tiada komplen untuk paparan skrin kerana pada hemat kami, Samsung adalah raja kepada pembuatan skrin AMOLED pada ketika ini.

Kedua-duanya dengan resolusi HD penuh pada nisbah 18.5:9. Ini menjadikan Galaxy A8 peranti kelas pertengahan pertama dari Samsung yang mengetengahkan rekaan Infinity Display. Alangkah indahnya kalau Samsung turut menambah rekaan sisi lengkung ‘edge’ seperti Galaxy S8 dan S9.

Agak janggal apabila Samsung meletakkan pembesar suara dibahagian tepi kanan peranti. Tetapi bila difikirkan semula, pembesar suara dibahagian tepi sangat membantu apabila peranti berada dalam kedudukan melintang ketika menonton video misalnya.

Tetapi agak mengecewakan apabila peranti ini hanya menawarkan pembesar suara mono.

Kedudukan slot kad sim diletakkan dibahagian tepi kiri peranti bersama butang laras suara. Samsung turut memberi slot tambahan kad sim yang diletakkan dibahagian atas bersama slot kad SD.

Dibahagian bawah diletakkan port pengecasan USB-C dan bicu audio 3.5mm.

 

Kedudukan pengimbas cap jari berbeza dengan Samsung Galaxy S8 yang diletakkan ditepi kamera membuatkan pengguna sering tersalah sentuh kamera secara tidak sengaja. Samsung mengubah pengimbas cap jari ke bawah kamera untuk Galaxy A8 dan A8 Plus. Namun kami masih lagi tersilap menyentuh kamera untuk mengimbas cap jari ketika menggunakan peranti ini.

2. Spesifikasi Dalaman (6.5/10)

Samsung Galaxy A8 dan A8 Plus dibina dengan cip pemprosesan Exynos 7885 bersama pemprosesan grafik Mali G71. Ianya hadir dengan 2 teras Cortex A73 pada 2.2GHz dan 6 teras Cortex A53 pada 1.6GHz.

Galaxy A8 dibina dengan storan dalaman 32GB manakala A8nPlus dengan storan 64GB. Seperti biasa anda boleh membesarkan lagi storan dengan kad SD sehinga 256GB.

 

Varian A8 hadir dengan RAM bersaiz 4GB manakala A8 Plus dengan 6GB. Untuk kegunaan harian di media sosial memang lancar namun apabila kami bermain ‘game’ seperti PUBG Mobile, peranti ini mula menunjukkan kelemahannya.

3. Antaramuka (7.4/10)

Samsung Galaxy A8 dan A8 Plus mengetengahkan antaramuka Samsung Experience 8.5 bersama Android 7.1.1. Pengguna boleh membuka laci aplikasi dengan hanya swipe ke atas dan ke bawah.

Pada kami, Samsung Experience 8.5 nampak lebih bersih berbanding UI sebelumnya. Samsung membawakan beberapa aplikasi khas untuk peranti Samsung seperti Samsung Pay, Samsung Health, Smart Things.

Aplikasi seperti Galaxy Apps dan Samsung Members masih lagi dikekalkan dan pada kami ianya boleh diklasifikasikan dalam aplikasi bloatware.

Peranti ini turut menyokong ciri Always On Display, sangat serasi dengan skrin OLED. Ciri yang menarik perhatian kami adalah seperti Dual Messenger, satu aplikasi yang membenarkan penggunaan dua akaun serentak.

Satu lagi ciri yang pada kami sangat membantu adalah Easy Mute dimana pengguna dapat mematikan nada dering dengan hanya meletakkan tangan di atas skrin, seperti menutup mulut orang sedang menjerit. Yang ini cool.

Kemudahan seperti Game Launcher juga memudahkan pengguna merakam video aplikasi permainan serta mematikan kesemua notifikasi apabila ia diaktifkan, supaya mood bermain tidak terganggu.

 

Maka dengan ini menjadikan ianya peranti pertama dari Samsung yang membawakan sistem dwi-kamera selfie.

Kredit: wiser.my

SGMS Putri