Makin Lama Makin Nampak Muda, Happy Birthday Shah Rukh Khan!

Selamat Hari Jadi bintang Bollywood paling diminati ramai, Shah Rukh Khan. Menyambut ulang tahun ke 53 hari ini, pelakon yang lahir pada 2 November 1965 ini tetap memberi kejutan buat peminat tersayang biarpun sibuk dengan promosi filem terbarunya, Zero.

Bapa tiga anak ini turut membuat kemunculan khas siang tadi di ruang paling atas di kediaman gahnya, Mannat. Ribuan peminat dilaporkan sudah menunggu sejak malam tadi untuk bertemu idola mereka.

Menurut laporan BollywoodLife.com, Shah Rukh akan menyambut hari jadi di sebuah pesta di mana pelakon Aamir Khan dan Salman Khan khabarnya bakal diundang. Fuh, pasti meriah! 

Menerusi laman Instagram Aamir Khan, beliau memuji lakonan Shah Rukh Khan yang dianggap luar biasa. Filem Zero turut dibintangi oleh bintang Bollywood lain seperti Katrina Kaif, Anushka Sharma dan paling penting, Shah Rukh Khan juga ada. Kutipan filem ini mungkin akan menjadi hadiah hari jadi buat Shah Rukh, siapa tahu kan? 

Anyway, Happy Birthday Idol! 

SGMS Faida