“Makin Menjadi-Jadi Eh!” – Berseluar Pendek Atas Lutut, Hael Husaini Dikecam Lagi!

Penyanyi Hael Husaini sekali lagi mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen selepas melihat penampilannya mengenakan seluar pendek atas lutut, semalam.

Menerusi perkongsian di Instagram, Hael telah memuat naik fotonya yang turut memperagakan baju berona kuning bersama sebuah beg tangan berjenama, Prada.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

Namun, ada juga yang menasihatkan agar penyanyi lagu Jampi itu untuk memakai seluar panjang agar kelihatan lebih sopan.

Fatin Nurain