[VIDEO] Muka Berlumuran Darah Timbul Tanda Tanya, Azhar Sulaiman Kemalangan?

Pelakon Azhar Sulaiman mencuri perhatian netizen apabila memuat naik video dirinya yang dikatakan baru lepas kemalangan.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, kelihatan mukanya berlumuran dengan darah dan keadaan kereta yang berasap.

“Baru lepas accident, oh kecoh,” ujarnya.

@theazharsulaiman……

♬ original sound – AzharSulaiman

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan keadaannya dan mendoakan agar dirinya selamat dan dipermudahkan urusan.

“AllahuAkbar. Semoga selamat semuanya.

“Semoga abang dipermudahkan segalanya amiin.

“Alamak kat mana ni terjadi?,” komen netizen.

Namun, ada juga yang mengatakan ia hanya sekadar lakonan apabila mendengar suara seseorang di latar belakang.

“On set.

“Dah dia pun pelakon tak yah nak pembaris sangat lah korang mat.

“Ada dengar suara orang kat belakang,” ujar netizen.

Malah, di dalam hantaran tersebut, Azhar turut ‘tag’ dua orang anak perempuannya iaitu Kasih Iris Leona dan Kasih Leia Ixora.

Maya Basir