Categories: HiburanTrending

Makin Selesa Ceburi Bidang Hiburan… KJ Kini Muncul Dalam Iklan Produk Makanan Popular, Netizen Berseloroh: “Rosak Teruk Dah Ni”

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin atau KJ sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat penglibatannya dalam iklan produk makanan popular.

Perkara terbabit telah dikongsikan oleh penyampai Hot FM itu menerusi sebuah hantaran di TikTok, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, KJ kelihatan sangat teruja untuk mempromosikan produk jenama tempatan itu kepada orang kampung bahkan lakonannya juga tidak kekok.

“Memandangkan saya tengah free, dengan berbesar hati saya terima tawaran itu. Kambing untuk rakyat! Citarasa hotel, harga warung,” katanya.

@khairykj Memandangkan saya tengah free, dengan berbesar hati saya terima tawaran itu..🤝 @pakmatwesterncafe X #khairyjamaluddin ♬ original sound – Khairykj

Kagum dengan sikapnya yang merendah diri dan mesra rakyat, perkongsian itu telah meraih pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya di ruangan komen.

Malah, ada juga yang meluahkan rasa terhibur melihat KJ yang semakin ligat dan selesa menceburi pelbagai cabang dalam industri hiburan tanah air.

Fatin Nurain