MALUKAN MALAYSIA, ALIFF SYUKRI DIMINTA JANGAN JADI BODOH!

Hangat diperkatakan apabila Dato Aliff Syukri sekali lagi membuat havoc di negara orang. Isu ini timbul apabila Dato Aliff Syukri sendiri memuat naik satu video pendek dilaman instagram beliau yang menunjukkan Dato Aliff sedang mencelah pemuzik jalanan dengan menyanyikan lagu Abang Nak Tegur. Lantas, dihalau oleh pemuzik jalanan tersebut kerana dianggap mengganggu beliau.

Aksi itu seterusnya menimbulkan kemarahan sesetengah pihak yang menganggap Dato Aliff Syukri hanya memperbodohkan diri beliau tiap kali berada di luar negara. 

Netizen seterusnya berharap dan meminta Dato Aliff Syukri agar menjaga perangai dan tindak tanduk beliau apabila berada di negara orang kerana ianya dianggap boleh mencetuskan pandangan negatif terhadap rakyat Malaysia khasnya. 

 

Namun, mungkin Dato Aliff Syukri ada sebab tersendiri kenapa beliau berkelakuan sedemikian. Tetapi, tidak salah untuk menghormati adab orang luar bukan? Bak kata pepatah melayu “masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.” 

Apapun, semoga Dato Aliff Syukri mengambil iktibar atas kejadian yang berlaku dan tidak mengulangi tabiat beliau ini lagi.

Salma Syahbuddin