Categories: HiburanSelebriti

Mana Ada Gaduh, Hubungan Kami Okay

Kecoh di media sosial apabila pelakon Janna Nick memuat naik status luahan tidak berpuas hati dengan seorang artis yang dianggap ‘plastik’.

Dalam masa sama, nama pelakon Ayda Jebat disebut-sebut sebagai individu itu. Namun sehingga kini, Janna tidak pernah mendedahkan nama individu berkenaan. 

Ayda yang ditemui di Majlis Media Program Syawal Terima Kasih 2018 pada malam Rabu memberitahu dia tidak terasa individu dikaitkan itu adalah dirinya.

“ Sejujurnya saya tidak tahu apa-apa. Saya tidak tahu pun Janna ada bercakap mengenai perkara itu. Saya tak tahu sama ada perlu terasa atau tidak. Saya rasa tidak, kerana hubungan kami okay sahaja,” katanya.

Netizen mengaitkan Ayda memandangkan dia membuat kemunculan dalam program Melodi pada Ahad lalu sebelum Janna memuat naik luahannya di InstaStory pada sebelah malam hari sama.

Ayda turut memaklumkan hubungannya bersama Ayda berjalan normal dan tidak seperti yang digembar-gemburkan.

“Kami pernah makan bersama termasuk berjumpa di rumah penerbit, Sheila Rusly malah Janna juga pernah datang ke set penggambaran saya dan saya pun pernah buat perkara sama,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ayda memaklumkan dia bakal muncul dalam drama, Di Penghujung Sujud bergandingan dengan Wan Maimunah, Redza Rosli dan Fezrul Khan pada hari raya pertama nanti, 2 petang di TV3.

SGMS Faida