Hiburan By: Maya Basir December 18, 2023 @ 6:01pm

Masih Jalani Rawatan Fisioterapi, Hun Haqeem Tolak Tawaran Penggambaran Masa Panjang

Pelakon Hun Haqeem memaklumkan doktor menasihatkan dirinya masih perlu berehat selepas menjalani pembedahan Anterior Cruciate Ligament (ACL) pada awal Oktober lalu.

Memetik laporan Utusan, Hun kini sedang dalam proses pemulihan dan menjalani rawatan fisioterapi.

Menurutnya, dia juga terpaksa menolak tawaran berlakon sekiranya memerlukan waktu penggambaran yang panjang.

“Alhamdulillah, saya kini dalam fasa pemulihan selepas menjalani pembedahan ACL di bahagian kaki pada awal Oktober lepas.

“Doktor minta saya untuk berehat sekurang-kurangnya tiga bulan kerana ketika ini pun saya masih menjalani rawatan fisioterapi.

“Buat masa ini, doktor menasihatkan saya untuk kurangkan bekerja, jadi saya tidak mengambil tawaran berlakon yang memerlukan tempoh penggambaran yang panjang,” katanya.

Didakwa jatuh sakit gara-gara terlalu bekerja keras, Hun menganggap ia salah satu cara untuk dirinya berehat dan mengutamakan kesihatan.

“Saya ini seorang yang sangat passionate dalam apa yang saya lakukan. Apabila terlibat dengan satu-satu projek, saya memang akan memberikan sehabis baik.

“Pada masa yang sama, saya tidak menganggap jatuh sakit ini sebab terlalu bekerja keras. Tetapi mungkin Allah nak beri saya masa dan ruang untuk ‘bercuti’ sekejap.

“Sebelum menjalani pembedahan, kebanyakan penggambaran sudah hampir selesai jadi saya teruskan dengan komitmen yang sangat minimum.

“Saya bertuah kerana pihak produksi dan pengurusan sangat memahami dan memastikan kesihatan saya berada dalam keadaan yang baik dan optimum,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 24 Aug 2022

[VIDEO] “Beauty With Brain.. Perfect Couple!” – Sweetnya! Raysha Rizrose Belajar Bahasa Inggeris Bersama Kekasih Curi Perhatian Netizen

Eh eh, comelll je Raysha dengan Nabil ni ekk 🥰 Saling membantu, macam ni lah bagus in relationship kannn 🤩🤩

Hiburan Wed, 28 Feb 2024
Featured Wed, 8 Jun 2022
Trending Mon, 21 Dec 2020
Hiburan Fri, 23 Nov 2018

Tahniah! Ini Senarai Lagu Yang Mara Ke Pentas AJL 33

Tahniah buat kesemua finalis! Tak sabar nak tengok persembahan mereka di pentas AJL 33 tahun depan.

Featured Sun, 12 Nov 2023

Anggun Mengenakan Busana Merah Hati, Rossa Sera Akhirnya Selamat Bertunang Dengan Jejaka Pilihan

Tahniah! Moga pilihan hati kali ini kekal hingga ke syurga❤️❤️

Trending Mon, 21 Oct 2019