“Memang Rasa Tak Sedap Hati” – Terkejut! Neelofa Dedah Nyaris Berdepan Banjir Besar Ketika Di Langkawi

Usahawan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor berkongsi pengalaman apabila hampir berdepan bencana banjir ketika bercuti bersama suami dan anaknya baru-baru ini.

Menurut Neelofa, dia berasa sangat terkejut apabila mengetahui berita tentang lokasi peranginan dan percutian popular tersebut dinaiki air sehingga menyebabkan setengah daripada kawasan itu ditenggelami air.

“Memang terkejut, ceritanya siang hari tu sebelum pulang saya dan suami ada perasaan keadaan air laut yang agak berlainan seperti biasa.

“Apa yang peliknya, ombak di pesisiran pantai yang berhadapan dengan villa tempat kami menginap bukan main kuat lagi.

“Air pula seperti air pasang macam waktu Subuh. Padahal ketika itu dah tengahari. Kami pun macam tak sedap hati dan sekali esoknya tengok banjir,” katanya.

Sebelum ini, Neelofa, suami dan anak sulungnya, Bilal dilihat bercuti ke Pulau Langkawi selepas mengambil keputusan untuk mendedahkan wajah penuh anaknya itu kepada umum.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Bercuti Ke Langkawi, Ramai Puji Penampilan Neelofa & Haris -“Simple Tapi Tetap Cantik, Steady Je Dengan Seluar Trek”

ARTIKEL BERKAITAN:“Jahat Sungguh Orang Ni Ya Allah” – Keluarga Neelofa Kesal Dengan Tindakan Individu Tak Hormat Privasi, Netizen Turut Geram

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Akhirnya Dedah Wajah Bilal! Luahan Hati Neelofa Buat Ramai Sebak – “Tiada Yang Lebih Menyayat hati Selain Anak Ummi Disakiti”

ARTIKEL BERKAITAN:“Spoil Plan Marketing Neelofa…”- Tak Menepati ‘Expectation’, Netizen Samakan Muka Bilal Dengan Anak Siti Nurhaliza

Salma Syahbuddin