Hiburan By: Maya Basir November 1, 2023 @ 4:49pm

Menderita Resdung Sejak 4 Tahun Lalu, Ahirine Ahirudin Jalani Pembedahan – “Dah Darurat & Merebak Ke Semua Bahagian…”

Pelakon Ahirine Ahirudin memaklumkan dirinya akan menjalani pembedahan untuk merawat masalah sinus atau resdung di sebuat pusat perubatan, hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, dia telah menderita masalah resdung sejak empat tahun lalu dimana turut menganggu aktiviti seharian.

“Masalah sinus ini sangat mengganggu saya terutama ketika melakukan aktiviti lasak dan bersukan.

“Pada masa sama, masalah sinus ini mengganggu tumpuan pada kerjaya seni,” katanya.

Berkongsi tentang pembedahan sinus yang akan dijalani, ia dijangka mengambil masa selama lima jam kerana agak rumit.

“Saya dimasukkan ke pusat perubatan ini sejak semalam dan pembedahan dijadualkan hari ini.

“Pembedahan perlu dilakukan dengan segera kerana menurut doktor keadaan sinus sudah darurat dan sudah merebak ke semua bahagian,” jelasnya.

Menurut Ahirine, cuti berehat yang akan diambil selepas pembedahan semuanya bergantung kepada saranan doktor.

“Kalau semuanya berjalan lancar, Insya-Allah, saya akan kembali ke lokasi penggambaran secepat mungkin.

“Saya juga terbabit dengan penggambaran drama bersiri Restu untuk saluran iQIYI dan perlu menghabiskan baki penggambaran drama itu,” ujarnya.

Terdahulu, Ahirine menerusi perkongsiannya di Instagram, dia sedang berada di hospital dengan kapsyen ‘man down’.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 27 Jan 2019

Harus Tonton! Ruffedge Sanggup Crash Wedding Demi Muzik Video ‘Seperti Mereka’

Video muzik rasmi ‘Seperti Mereka’ boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music Malaysia bermula 22 Januari 2019.

Hiburan Thu, 21 Nov 2019
Cahaya Mata Mon, 29 Aug 2022
Trending Fri, 13 Aug 2021