Mendiang Kemurungan, Suami Kate Spade Luah Rasa…

Kehilangan pemilik empayar perniagaan fesyen, Kate Spade ternyata memberi kesan mendalah terhadap pengikut termasuk keluarganya sendiri.

Suami mendiang memaklumkan isterinya mengalami tekanan perasaan sejak sekian lama.

Dalam satu kenyataan di dalam The New York Times Andy Spade menzahirkan kesedihan beliau dan anak perempuannya Bea, yang ‘hancur’ dengan kehilangan Kate dan tidak dapat membayangkan hidup tanpanya.

Kate Spade, 55 yang membangunkan empayar perniagaan fesyen termasuk koleksi beg tangan berwarna warni bersama suami, ditemui mati dipercayai membunuh diri di pangsapuri miliknya di New York City, Selasa lalu.

Sedar dengan masalah kemurungan yang melanda, Kate mendapatkan bantuan daripada doktor dan mengambil ubat secara teratur.

“ Tiada penyalahgunaan dadah atau alkohol. Tiada masalah perniagaan,” kata suaminya.

Spade berkata beliau juga mahu membersihkan khabar angin dan spekulasi yang timbul mengenai kehidupan peribadi pasangan itu.

Kate dan Andy Spade menjual pegangan terakhir mereka dalam jenama aksesori Kate Spade pada 2006 untuk memberi tumpuan kepada anak perempuan mereka, Frances Beatrix Spade.

Pada 2016, mereka melancarkan jenama kasut dan aksesori baru dikenali sebagai Frances Valentine, nama anak perempuan mereka, yang kini berusia 13 tahun. – Reuters

SGMS Faida